ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yamaha EGO Gear kini dengan pilihan warna baharu, harga RM 5,998

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru-baru ini telah memperkenalkan model skuter Yamaha EGO Gear yang dikemaskini untuk tahun 2023 dengan reka corak grafik dan pilihan warna baharu.

Yamaha EGO Gear 2023 kini ditawarkan dengan tiga pilihan warna baharu iaitu Kuning, Biru dan Hijau.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Harga jualan yang disyorkan (tidak termasuk pendaftaran dan insurans) adalah RM 5,998.00, dan akan mula berada di pengedar sah Yamaha seluruh negara bermula dari 4 Julai 2023.

Skuter ini dikuasakan oleh 125cc BluCore dengan Smart Motor Generator yang mampu menjana 9.4 kuasa kuda pada 8,000 rpm dan 9.6 Nm daya kilas pada 5,500 rpm.

Ia turut didatangkan dengan soket pengecasan USB dan juga alas kaki anti-gelincir.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

EGO Gear 2023 lengkapi sistem suspensi fork teleskopik di depan dan lengan buai di bahagian belakang, selain tangki bahan api dengan kapasiti 4.2 liter.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan brek cakera di hadapan, manakala dram di belakang. Rimnya pula menggunakan saiz 14-inci yang dibaluti tayar 70/90 di hadapan dan 90/80 di belakang.

Setiap pembelian EGO Gear 2023 didatangkan dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km termasuk Kunci Cakera Yamaha secara percuma bernilai RM100.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply