ARKIB

KATEGORI

Buletin

Myvi rempuh kerbau melintas, tiga sekeluarga nyaris maut

Berita Tempatan

Views

Tiga sekeluarga nyaris maut apabila kenderaan dinaiki mereka merempuh sekumpulan kerbau yang melintas dalam kejadian di Kilometer 15 Jalan Pekan-Kuantan, pada pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa, Wan Mohamad Zaki Wan Abd Raman, 28, bersama isteri, Nur Izzati Zamri, 27, dan anak mereka, Wan Nur Zia Nafiza, dua tahun terselamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ketua Polis Daerah Pekan, Suprintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mangsa bersama keluarga dalam perjalanan dari Johor menghala ke Kelantan.

Jelasnya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, empat ekor kerbau telah melintas dari arah kiri ke kanan. Pemandu kereta kemudian cuba mengelak ke sebelah kanan dan terlanggar tiga ekor kerbau.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Tambah beliau, siasatan mendapati kejadian kemalangan berpunca daripada haiwan ternakan yang melintas jalan.

Katanya, kesemua mangsa yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya kereta jenis Perodua Myvi mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Lensa Pekan

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply