ARKIB

KATEGORI

Buletin

DUN Kedah bubar, EXCO pulang semula Toyota Camry kepada kerajaan negeri

Berita Tempatan

Views

Semua kenderaan rasmi EXCO Kedah diserahkan semula kepada kerajaan negeri selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14 secara rasminya bubar hari ini bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Majlis penyerahan diketuai Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Norizan Khazali.

Muhammad Sanusi berkata, penyerahan kenderaan rasmi EXCO kerajaan negeri itu bagi mengelak dituduh menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk program politik parti.

Katanya, selepas ini semua yang terbabit termasuk dirinya akan menggunakan kenderaan peribadi meskipun mereka masih perlu menghadiri mesyuarat EXCO serta menjalankan tugas-tugas sedia ada hingga berlangsung PRN pada tarikh ditetapkan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Selepas DUN dibubarkan, kebanyakan yang berlangsung selepas ini adalah kempen bagi berdepan PRN. Mererka akan gunakan kenderaan peribadi, walaupun masih perlu menjalankan tanggungjawab seperti menghadiri mesyuarat atau program ditetapkan.

“Itu lebih baik dan selamat kerana sekarang ini banyak orang suka bercakap benda tak betul serta luar konteks. Langkah ini saya yakin tak akan dapat pujian pun kerana tindakan ini sesuatu yang betul untuk dilakukan.

“Benda betul jarang dikatakan di zaman fitnah tetapi tak mengapalah dan kita turut mengajak rakan-rakan dari parti lain untuk tak gunakan aset kerajaan untuk berkempen sepanjang PRN,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata beliau sudah meneliti garis panduan dibuat Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Nik Azhan Hakim Nik Mahmood berkenaan kerajaan interim yang masih menguruskan pentadbiran negeri selepas DUN dibubarkan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Mesyuarat EXCO masih berjalan untuk memutuskan beberapa perkara malah rutin kerajaan masih boleh dilaksanakan. Cuma dasar baharu membabitkan kewangan tidak boleh dibuat.

Terdahulu, watikah pembubaran DUN Kedah diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Wisma Darul Aman di Alor Setar, hari ini.

Watikah itu diserahkan oleh Pejabat DUN dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Kedah diwakili Setiausaha DUN Kedah Mohamad Azlee Ahmad kepada Pengarah SPR Kedah Aldrina@Mimi O P Andu.

DUN Kedah ke-14 secara rasminya bubar hari ini selaras dengan perkenan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Ahad lalu. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Warta Kedah

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply