Gara-gara menukar lorong secara tiba-tiba, sembilan kenderaan termasuk treler terbabit kemalangan di Kilometer 38 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dekat Subang Jaya, hari ini.
Menurut Harian Metro, dalam kejadian 8.15 pagi itu, wanita berusia 22 tahun yang memandu kereta Perodua Myvi cedera, manakala pemandu kenderaan lain tidak cedera. Kemalangan itu menyebabkan laluan berkenaan sesak hingga jam 10.50 pagi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kenderaan lain terbabit antaranya, dua Nissan Almera, satu Honda CR-V, satu Proton X70, satu Mitsubishi Lancer, satu lori Hino dan satu treler.
Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada Perodua Myvi itu yang memandu di lorong lurus menghala ke Kuala Lumpur tiba-tiba mengubah haluan.
Dia tiba-tiba memasuki lorong kiri untuk ke susur Persiaran Kewajipan dan menyebabkan sebuah treler tidak sempat menekan brek, lalu merempuh kereta itu dan menyebabkannya terbalik.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Perodua Myvi berkenaan kemudian melanggar beberapa kenderaan yang beratur di susur Persiaran Kewajipan.
Wan Azlan berkata, hanya pemandu kereta Perodua Myvi yang mengalami cedera ringan dan pemandu kenderaan lain dilapor tidak cedera.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dengan cuai dan tidak cermat.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI