Shell Malaysia dan BonusLink hari ini melancarkan kempen ‘Memori Indah Bersama, Bonus Berganda‘ yang bakal berlangsung selama enam minggu mulai 17 Ogos hingga 27 September 2020. Sepanjang kempen ini, para pelanggan yang berbelanja minima RM40 dan menggunakan kad BonusLink di Shell bakal mendapat ais krim Cornetto perisa vanilla atau coklat, atau sekotak MILO UHT 200ml secara percuma!
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini
Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain, pihaknya berharap ganjaran ini akan memberikan sedikit keriangan buat para pelanggan mereka. Tambahnya, beliau sendiri menikmati ais-krim sebelum pulang dari bekerja kerana ia merupakan cara paling santai untuk menghilangkan stress.
CEO BonusKad Loyalty Sdn Bhd, Melvin Ooi pula berkata, pihaknya gembira dapat bekerjasama dengan Shell sekali lagi untuk memberi ganjaran kepada ahli mereka. Katanya lagi, dengan ciri-ciri baharu seperti pemindahan baucar dan gunakannya untuk kad BonusLink dan BonusLink Virtual, lebih banyak cara lagi untuk orang ramai menjadikan hari mereka lebih bermakna.
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
Untuk mendapatkan hadiah percuma ini, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM40 di Shell dan guna Aplikasi BonusLink atau kad fizikal untuk menebusnya. Satu e-baucar akan dihantar menerusi Aplikasi BonusLink atau SMS dalam masa 5 hari selepas pembelian. Selain itu, setiap Ahli BonusLink berhak menebus maksimum 3 hadiah sepanjang tempoh kempen.
Pelanggan yang ingin mengetahui jumlah mata ganjaran terkumpul atau tawaran baharu selain dari rakan BonusLink, mereka boleh memuat turun Aplikasi BonusLink dari Google Play Store dan Apple Store. Bagi yang bukan ahli BonusLink, mereka boleh mendaftar sekarang dengan mengunjungi stesen Shell atau laman sesawang BonusLink.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
KOMEN TERKINI