ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo lancar dua kempen khas sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia telah melancarkan Kempen Merdeka Volvo 2020 sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lama lagi. Kempen ini tertumpu kepada tiga model sedan iaitu Volvo S60 T8 R-Design, Volvo S90 T8 Inscription Plus dan Volvo S90 T8 Special Edition.

Tiga tawaran istimewa ditawarkan iaitu insurans percuma tahun pertama, pakej optimum Polestar percuma dan servis penyelenggaraan 5 tahun percuma (VSA5+) termasuk pelepasan cukai jualan semasa oleh kerajaan. Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Nalin Jain berkata, pihaknya berharap kempen ini dapat mendorong rakyat Malaysia untuk mempertimbangkan faedah tambahan dari memiliki sebuah kereta yang berkuasa lagi selamat.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Di samping tiga tawaran tersebut, Volvo Car Malaysia turut menambah tawaran ekstra untuk pembeli Volvo S90 Inscription Plus dan Volvo S90 T8 Edisi Khas, dalam bentuk baucar RM15,000 untuk memiliki aksesori model Volvo S90 Inscription Plus, dan kit gaya luaran percuma serta rim dan tayar bersaiz 20 inci bernilai RM35,000 untuk model Volvo S90 T8 Edisi Khas.

Volvo Car Malaysia juga telah melanjutkan kempen tempahan dalam taliannya sehingga akhir bulan Ogos. Sebagai kesimpulan, kempen ini menawarkan pakej optimum Polestar percuma untuk semua kereta Volvo yang ditempah dalam talian.

Nilai keseluruhan tawaran istimewa di bawah kempen ini berjumlah RM25,450 untuk sebuah kereta. Sebagai tambahan, pelanggan kad kredit Maybank berhak mendapat Pelan Ansuran Ezypay 0 peratus sehingga RM30,000, yang merangkumi 10 kali Maybank TreatsPoints.

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

Melalui kempen ini juga, Volvo Car Malaysia menawarkan peluang untuk memiliki barangan eksklusif Volvo seperti jam tangan, cermin mata hitam, kereta elektrik untuk kanak-kanak dan banyak lagi dengan harga pakej khas RM1,957 untuk semua. Terdapat pakej tawaran untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak dengan item gaya hidup tertentu untuk setiap kategori.

Dengan kerjasama Thule Malaysia, pemilik Volvo yang mempamerkan kunci kereta mereka ketika membeli beg barangan dan beg galas Thule Crossover 2 akan dihadiahkan Thule Subterra PowerShuttle Organizer bernilai RM119. Pemilik kereta Volvo turut mendapat diskaun 15 peratus untuk semua barangan Thule sehingga akhir Disember 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Merdeka Volvo 2020, layari http://bit.ly/VolvoMY-salesoffers atau ikuti Facebook Volvo Car Malaysia di http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram http://bit.ly/VolvoMY-IG.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply