ARKIB

KATEGORI

Info

Nak jalan-jalan ke Thailand? Guna Maxim jer…

Info

Views

Maxim secara rasminya telah melancarkan operasinya di Chiang Mai dan diikuti dengan lebih banyak bandar utama iaitu Hat Yai, Khon Kaen, Pattaya, Phuket, Udon Thani di Thailand.

Perkhidmatan Maxim mula diperkenalkan di negara itu sejak 2022 dengan beberapa perkhidmatan yang ditawarkan untuk pengguna bagi memenuhi keperluan harian. Sasaran pengguna juga diperluaskan kepada penduduk tempatan dan pelancong.

Malah, pengguna di Malaysia kini boleh menggunakan perkhidmatan ini di Thailand, dengan hanya menggunakan aplikasi yang sama dan dapat menggunakan perkhidmatan yang sama di dua buah negara.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Ia membolehkan pengguna untuk menempah e-hailing kenderaan, motosikal dan penghantaran melalui satu aplikasi sahaja.

Tempahan boleh dibuat di aplikasi dan akan terus berhubung dengan pemandu tanpa perlu menggunakan orang tengah di luar negara untuk mendapatkan pengangkutan.

Ini juga dapat mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti penipuan tambang. Bukan itu sahaja, Maxim e-hailing menawarkan harga mampu milik dengan kereta yang selesa, kos perjalanan akan ditetapkan sebaik sahaja tempahan dibuat di aplikasi dan tidak berubah.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Aplikasi Maxim juga sangat mesra pengguna, ini kerana pengguna masih boleh menggunakan bahasa Inggeris atau Melayu walaupun pesanan dibuat di Thailand. Pesanan boleh dibuat tanpa perlu risau tentang bahasa.

Ini cara-cara untuk pengguna Malaysia yang ingin menggunakan perkhidmatan Maxim di Thailand:

  • Muat turun Maxim di Google Play, App Store, Huawei App Gallery dan Galaxy Store untuk pengguna baharu
  • Tekan menu dan cari di bahagian tetapan
  • Tukar negara ke Thailand, dan pilih bandar yang ingin dilawati
  • Masukkan lokasi semasa dan lokasi yang ingin dituju
  • Lengkapkan tempahan dengan menekan butang “TEMPAH”

Nikmati percutian bersama Maxim apabila berkunjung ke Thailand, tanpa perlu risau tentang pengangkutan atau bayaran yang mahal. Kini lebih selesa, murah dan mudah dengan Maxim e-hailing.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply