Semasa majlis pelancaran Axia serba baharu (D74A) semalam, Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin ketika berucap seolah-olah mengesahkan bahawa ada satu lagi model baharu yang bakal dilancarkan dalam tahun ini.
Menurut rakan media di WapCar.my, dalam ucapannya beliau berharap agar dapat menemui anda (pihak media dan tetamu jemputan) di majlis seterusnya sewaktu Perodua melancarkan model baharu yang tidak boleh dinyatakan lagi buat masa ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, juga pernah memaklumkan bahawa setiap tahun syarikat itu mempunyai kapasiti untuk melancarkan satu model baharu sepenuhnya (full-model change – FMC) dan dua model kemaskini (minor change – MC).
Desas-desus bertiup kencang sebelum ini yang mengatakan ada satu lagi model serba baharu, iaitu crossover segmen-B dijangka diperkenalkan oleh Perodua dalam tahun 2023.
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
Model yang dikenali dengan namakod D66B itu dikatakan hanya mempunyai versi Toyota dan Perodua sahaja. D66B dikatakan bakal menyekat dominasi Proton X50 yang kini merupakan SUV terlaris di Malaysia.
Crossover tersebut dibina dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan ketika ini sedang dibangunkan oleh pihak Toyota.
Menurut portal permotoran Headlightmag.com, model dengan kod projek (D03B) itu dijangka diperkenalkan seawal suku ketiga (Q3) atau suku keempat (Q4) 2023 di Thailand.
Dikatakan Toyota Motor (Thailand) akan memperkenalkan crossover segmen-B baharu ini atau Yaris Cross untuk pasaran negara membangun seperti di rantau Asia Tenggara (ASEAN).
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)
Ia akan ditawarkan dengan pilihan rangkaian kuasa, enjin petrol aspirasi alami (NA) 1.5 liter yang disambungkan kepada transmisi D-CVT dengan pacuan roda hadapan (FWD) dan enjin e:Smart Hybrid yang dilengkapi dengan ciri Injak Pintar (Smart Pedal).
Berbalik kepada D66B, mengikut jangkaan, ia akan tiba pada seawal suku ketiga atau keempat 2023 dan model ini tidak mempunyai versi Daihatsu.
Bukan itu sahaja, Perodua telah pun mendaftarkan tanda dagang bagi nama Nexis dan Traz di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi kegunaan model baharu mereka itu nanti.
Selain D66B, satu model kemaskini iaitu Aruz facelift juga dijadualkan dalam tahun ini. Apa pun, kita nantikan perkembangan selanjutnya dan kami akan cuba memberikan info terkini dari semasa ke semasa.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto hiasan, kredit Idiyaz Baharuddin
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
KOMEN TERKINI