ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nak lawan Initial D, siri animasi Acura ‘Type S: Chiaki’s Journey’ bakal bersiaran mulai 20 Januari

Berita Global

Views

Beberapa minggu lalu, Toyota telah mengimbau kembali zaman kegemilangan model AE86 menerusi iklan komersial GR86 yang diinspirasikan dari siri animasi Initial D.

Terbaharu, Acura turut menggunakan platform yang sama dengan memaparkan trailer video acah siri animasi “Type S: Chiaki’s Journey” selama 16-saat yang disiarkan menerusi laman Facebook rasminya.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Projek ini dibiayai oleh Honda/Acura, dengan membawa nama barisan produknya dan berkemungkinan besar ia akan dijadikan sebagai platform pengiklanan untuk apa jua produk keluaran mereka.

Namun, ia bukahlah sebagai wadah pengiklanan semata-mata, kerana sebelum ini BMW pernah menaja siri web yang menarik, berjudul “The Hire” lakonan Clive Owen.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Berbalik kepada siri animasi tersebut, di awalnya kita dapat melihat watak protagonis wanita, Chiaki yang bersandar pada model Integra DC2 Type R. Selain itu kita dapat menyaksikan kelibatnya memandu Acura NSX Type S yang berentap dengan sebuah supercar rekaan.

Litar perlumbaan tersebut juga biasa dilihat kerana acara tersebut adalah Acura Grand Prix di Long Beach. Lokasi itu juga sinonim dengan jenama tersebut kerana ia merupakan litar di mana model NSX Type S 2022 memegang rekod kereta produksi terpantas.

Bilakah siri animasi tersebut bakal bersiaran? Menurut Acura, siri yang mempunyai 20 episod itu akan memulakan ‘penstrimannya’ pada 20 Januari ini di acura.com/type-s.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply