ARKIB

KATEGORI

Buletin

Treler terbabas punca sesak lebih 40km ke utara

Berita Tempatan

Views

Kemalangan sebuah treler yang terbabas di Kilometer 302.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Kampar menyebabkan kesesakan sehingga lebih 40 kilometer.

K! ONLINE melaporkan, kejadian pada pukul 8.45 pagi itu mengakibatkan pemandu treler tersebut cedera ringan dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila treler tersebut terbabas ke lorong kanan dan tersangkut di ‘railing’ pembahagi tengah jalan.

Katanya, pada masa sama, sebuah lori bergesel dengan treler itu namun kenderaan tersebut telah beredar dari lokasi kejadian.

Akibat kemalangan itu, lorong kanan terpaksa ditutup untuk kerja-kerja pengalihan treler berkenaan manakala lorong kiri dan lorong kecemasan dibuka untuk laluan kenderaan.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Kenderaan awam yang tersangkut dalam kesesakan itu telah dilencongkan masuk ke Tapah dan masuk ke jalan lama (Jalan Ipoh-Kuala Lumpur).

Menurut Mohamad Nazri, lalu lintas di jalan lama terutama di Kampar sesak pada skala tiga per lima namun anggota trafik telah ditempatkan di sana bagi membuat kawalan dan melancarkan kesesakan.

Beberapa jentera telah berada di lokasi bagi kerja-kerja mengalihkan treler itu yang mungkin mengambil masa beberapa jam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply