ARKIB

KATEGORI

Buletin

Naza Eastern Motors bawa Suzuki kembali ke Malaysia!

Berita Tempatan

Views

Para peminat kereta jenama Suzuki pasti akan teruja kerana jenama tersebut bakal kembali semula Malaysia tidak lama lagi. Bersempena dengan Ulang Tahun ke-45 Naza Group, Naza Eastern Motors Sdn Bhd dengan bangganya mengumumkan yang mereka telah dilantik sebagai pengedar baharu Suzuki di Malaysia.

Ini membolehkan mereka menjual dan memberikan khidmat selepas jualan untuk model generasi baharu Suzuki sahaja. Pengerusi Eksekutif Kumpulan/CEO, Naza Corporation Holdings, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, mereka amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan gergasi automotif Jepun yang telah berjaya memenangi hati rakyat Malaysia sejak bertahun-tahun yang lalu.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Menurut Pegawai Urusan Kanan, Pengurus Besar Eksekutif, Pemasaran Automobil Global, Suzuki Motor Corporation, Kinji Saito berkata, pihaknya amat gembira untuk kembali ke pasaran Malaysia dengan Naza Group sebagai pengedar. Tambah beliau, pihaknya bakal memperkenalkan model terbaharu mereka kepada peminat jenama tersebut.

Bilik pameran andalan 3S Suzuki yang pertama akan dibuka di Naza Automall, Petaling Jaya. Diinspirasikan oleh motto “Way of Life!”, ia berkeluasan lebih dari 3,000 kaki persegi dan bakal menyambut kedatangan pelanggannya tidak lama lagi.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Dato Nik Hamdam Nik Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings pula memberi bayangan awal yang mereka bakal memperkenalkan dua model yang paling dinanti-nantikan tahun ini. Kami difahamkan dua model tersebut adalah model SUV kompak Jimny generasi baharu dan juga adalah Swift Sport yang akan diimport sepenuhnya dari Jepun.

Menurut maklumat risikan kami, model pertama Suzuki yang bakal dilancarkan pada minggu hadapan adalah Swift Sport. Untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai model yang akan dilancarkan nanti, anda boleh mengikuti laman Facebook dan Instagram rasmi Suzuki Malaysia dan juga laman sesawang www.suzukimalaysia.com.

Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply