Laman Facebook JOHOR Racing mengumumkan Tunku Panglima Johor, Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri ibni Sultan Ibrahim telah berjaya memenangi Perlumbaan 1, Fanatec GT World Challenge Australia di Litar Mount Panorama di Bathurst, New South Wales petang tadi.
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
Apa yang menarik, ia merupakan penampilan keduanya dalam saingan tersebut, sekali gus muncul sebagai rakyat Malaysia pertama memenangi perlumbaan dan merupakan ‘satu-satunya warga Asia’ yang mengambil bahagian dalam saingan tersebut.
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
Bermula di petak kelapan, Tunku Abdul Rahman berjaya mengekalkan kedudukan malah berjaya mencatat masa terpantas di sektor pertama antara pelumba amatur. Rakan sepasukannya, Shane Van Gisbergen kemudiannya memacu jentera lumba “Silver Beast” (Mercedes-AMG GT3) setelah hentian pit sehingga ke garisan penamat, tanpa menunjukkan tanda-tanda patah tulang selangka yang dialaminya selang beberapa minggu yang lalu.
Tahniah Tunku Jefri dan pasukan JOHOR Racing!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit JOHOR Racing
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
KOMEN TERKINI