ARKIB

KATEGORI

Buletin

Naza Italia ‘berpisah’ dengan Ferrari

Berita Tempatan

Views

Kumpulan Naza menerusi satu kenyataan media ringkas mengesahkan yang pihaknya telah bersetuju untuk menamatkan hubungan kerjasama mereka dengan Ferrari S.p.A (Ferrari) disebabkan ketidakserasian strategi Naza dengan kehendak perniagaan Ferrari.

Jelas Naza, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pihaknya telah menyemak semula perniagaan automotifnya bagi membuat keputusan jenama apa yang sesuai dengan strategi perniagaan mereka.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

Perpisahan dengan Ferrari adalah tepat pada masanya kerana ia akan membolehkan mereka memberi tumpuan kepada jenama yang lain dan berfungsi dengan baik.

Ini kerana pihaknya akan dapat mengagihkan semula sumber kepada jenama yang sesuai ke dalam strategi perniagaan automotif mereka.

JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul

Kumpulan Naza akan terus memberikan sokongan kepada Ferrari untuk peralihan perniagaan yang lancar, sehingga April 2023.

Mereka juga ingin merakamkan penghargaan kepada Ferrari atas hubungan perniagaan yang telah lama wujud dan berharap agar jenama tersebut terus berjaya pada masa hadapan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ferrari Malaysia

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply