ARKIB

KATEGORI

Buletin

Asyik sangat menyusuri pantai, Mazda CX5 nyaris hanyut ke laut

Berita Tempatan

Views

Tiga pengunjung Pantai Temalah, Sedili Besar di Kota Tinggi berdepan detik cemas apabila kenderaan Mazda CX5 yang dinaiki hampir dihanyutkan ke dalam laut ketika sedang bersiar menyusuri pantai itu, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kereta berkenaan dinaiki seorang lelaki Melayu, seorang lelaki Sarawak dan seorang wanita Cina.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

Jelasnya, kejadian itu berpunca daripada air laut yang ketika itu sedang pasang dan mangsa tidak menyedari kejadian air pasang kerana terlalu asyik serta kurang berpengalaman tentang keadaan laut.

Bertindak atas maklumat yang diperoleh, Ketua Polis Kuala Sedili, Sarjan Mejar Saidon Hadzri Abu Hassan bersama dua anggota dibantu dua penduduk Tanjung Sedili dengan segera telah pergi ke lokasi kejadian.

Tindakan dan usaha dijalankan bagi menggelak kenderaan tersebut ditenggelami air dengan ditarik keluar menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik penduduk ke atas daratan di kawasan pantai tersebut.

JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul

Semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan pemilik kenderaan berkenaan telah membuat laporan di Balai Polis Kuala Sedili.

Pihak polis menasihati orang ramai yang datang berkunjung untuk beriadah secara persendirian, berkeluarga atau berkumpulan di kawasan pantai yang terdapat di kawasan Tanjung Sedili sentiasa mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menjaga keselamatan.

Beliau turut menasihati mereka supaya sentiasa berwaspada bagi menggelak kejadian yang tidak diingini berlaku sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Balai Kuala Sedili

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply