ARKIB

KATEGORI

Buletin

NEC Corp. mulakan ujian prototaip kereta terbang

Berita Global

Views
NEC unveils flying car prototype

Kyodo News melaporkan, pengeluar peralatan elektronik Jepun, NEC Corp. telah mempamerkan dan berjaya menerbangkan prototaip kereta terbang mereka di kawasan kilang mereka yang terletak di Chiba, semalam. Prototaip berbentuk seperti sebuah dron ini mempunyai berat 148kg dengan panjang 3.9 meter, manakala tinggi dan lebarnya masing-masing berukuran 1.3 meter dan 3.7 meter.

Dalam ujian jarak pendek yang dilakukan dalam sebuah sangkar gergasi, prototaip ini telah berjaya diterbangkan pada ketinggian tiga meter dalam tempoh beberapa minit. Dilengkapi dengan empat kipas dan tanpa pemandu, ia digerakkan menerusi perisian NEC yang mengawal penerbangan dan menentukan lokasinya.

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran

Menurut pegawai NEC, syarikat tersebut tidak berhasrat untuk menjadi pembuat kereta terbang, namun berharap untuk melihat teknologinya mula digunapakai pada 2023, bermula dengan pengangkutan kargo. Naib Presiden Eksekutif NEC Norihiko Ishiguro berkata, akan tiba masanya di mana ruang udara akan digunakan untuk tujuan pengangkutan. Mereka akan menggabungkan teknologi untuk mencipta inovasi.

Mengikut perancangan, NEC akan membekalkan teknologi untuk kereta terbang kepada jurutera kumpulan Cartivator, yang telah menandatangani perjanjian penajaan tahun lalu. Cartivator turut disokong oleh lebih 80 syarikat termasuk Panasonic Corp. dan Toyota Motor Corp., yang bakal mengendalikan operasi kereta terbang dengan dua penumpang mulai 2023.

Mereka akan melakukan demonstrasi penerbangan semasa Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, mula membawa penumpang semasa Ekspo Osaka pada 2025 dan mengeluarkan kenderaan ini secara massa pada tahun berikutnya (2026).

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran

Kerajaan Jepun juga turut meningkatkan tekanan bagi mempercepatkan pembangunan kereta terbang dengan kerjasama syarikat-syarikat swasta dari sektor logistik dan automobil, dalam usaha mengejar pesaing global, seperti Boeing Co., Airbus S.A.S. dan gergasi perkhidmatan e-panggilan, Uber Technologies Inc.

Kenderaan terbang dijangka digunakan untuk sektor pelancongan, aktiviti riadah, bantuan bencana, pengangkutan kargo dan melancarkan kesesakan trafik, tetapi memastikan keselamatan tetap merupakan cabaran utama walaupun masih terdapat kepincangan dari segi piawaian dan peraturan.

Di bawah pelan halatuju yang dirangka oleh kerajaan, mereka mensasarkan untuk membina prototaip kereta terbang elektrik dan menjalankan ujian penerbangan tahun ini serta menggunakannya secara praktikal mulai tahun 2023 dan seterusnya. Menjelang tahun 2030, mereka membayangkan teknologi tersebut mula digunakan untuk pengangkutan bandar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil
JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply