ARKIB

KATEGORI

Tular

Nekad jalan kaki dari KL ke Kelantan selepas hilang kerja, akhirnya lelaki ini selamat tiba di rumah

Tular

Views

Baru-baru ini tular di Facebook tindakan nekad seorang lelaki yang mahu pulang ke kampung halamannya dengan berjalan kaki membabitkan perjalanan lebih 400 kilometer (km) dari Kuala Lumpur ke Kelantan akibat hilang pekerjaan dan dihimpit masalah kewangan sejak sebulan lalu.

Berita Harian melaporkan, lelaki berusia 20-an yang berasal dari Kampung Lawang, Jedok Tanah Merah itu dikatakan memulakan perjalanan sejak kelmarin selepas mendapati bas ekspres ke Kelantan di Bandar Tasik Selatan (BTS) tidak beroperasi, disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix

Lelaki itu menganggarkan perjalanannya mengambil masa tiga hari 20 jam untuk tiba di kampungnya sekiranya hanya dengan berjalan kaki. Dia yang dipercayai bekerja di Shah Alam pada asalnya mahu pulang mengikut jalan biasa iaitu Lebuhraya Karak, namun tersesat sehingga melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan tiba di Ipoh, Perak petang semalam.

Tindakan nekad itu dikongsi sendiri oleh pemuda berkenaan melalui Facebook miliknya yang dikenali sebagai Matnoe Poksu Din. Menerusi status yang dimuatnaik, pemuda berkenaan berjalan kaki dari Kuala Lumpur sebelum berhenti tidur di Ipoh selepas sesat dan terlalu penat selain kasut yang dipakai juga terkoyak.

JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

Dia turut memaklumkan sepanjang perjalanan di Lebuhraya PLUS, dia cuba menumpang lori untuk menumpang balik, namun gagal. Difahamkan, sebaik tiba di Ipoh, ada anggota bomba yang simpati dan mahu menghantarnya sehingga ke Gerik, memandangkan kisah pemuda berkenaan sudah tular di media sosial.

Lelaki itu turut memaklumkan pada jam 11 malam tadi, sebuah lori ayam dari Pulau Pinang turut membantu menumpangkannya dari Gerik ke Tanah Merah. Menurut hantaran terkininya, lelaki berkenaan sudah tiba di kampungnya awal pagi tadi.

Sementara itu, menurut seorang wanita dipercayai isterinya, Sara Anisa memaklumkan suaminya mengambil keputusan untuk pulang selepas sebulan tidak bekerja. Kata Sara Anisa menerusi akaun Facebooknya, suaminya bertindak demikian kerana telah dihalau majikan kerana telah sebulan tidak bekerja. Tambahnya, dengan ketiadaan wang untuk makan, suaminya nekad untuk pulang ke rumah dengan berjalan kaki.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply