Baru-baru ini tular di media sosial yang bercerita mengenai sebuah filem aksi berjudul Extraction yang boleh diklasifikasikan sebagai 18SG di Netflix. Filem tersebut mengisahkan mengenai misi seorang tentera upahan bernama Tyler Rake lakonan Chris Hemsworth (Thor) yang sanggup melakukan apa sahaja dan telah dihantar ke Bangladesh untuk menyelamatkan nyawa anak lelaki raja dadah India yang diculik oleh musuhnya negara tersebut.
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
Namun misi tersebut hanyalah perangkap kepada Tyler kerana bapa budak lelaki itu sebenarnya langsung tidak berniat untuk mengupahnya dan mengarahkan orang kanannya untuk membunuh lelaki tersebut. Lalu berlakulah segala aksi bertempuran ganas yang sememangnya tidak sesuai langsung ditonton oleh mereka yang berusia di bawah 18 tahun.
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
Apa yang menarik perhatian penulis adalah penampilan beberapa buah kereta Proton yang digunakan sebagai prop dalam filem tersebut. Antara yang dapat dilihat adalah model Proton Saga FLX, Satria Neo dan Savvy. Nasib Savvy lebih baik kerana ia tidak menjadi sasaran sedangkan Saga FLX dan Satria Neo terpaksa menghadapi ‘tembakan senjata berat’ dan juga ‘letupan bom’.
Sebenarnya ia bukanlah satu perkara yang pelik mengapa kereta-kereta tersebut boleh berada di Bangladesh kerana negara tersebut merupakan salah satu destinasi eksport Proton menerusi syarikat PHP. Filem berdurasi 1 jam 57 minit ini telah mula ditayangkan menerusi Netflix sejak 24 April lalu. Untuk menonton filem aksi yang turut dibintangi oleh Rudhraksh Jaiswal dan Randeep Hooda, anda boleh ketik pautan ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
KOMEN TERKINI