ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Berita Global

Views

Jika di Malaysia, pelbagai alasan mengarut diberikan orang awam semata-mata untuk keluar rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuat untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19.

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

Namun lain pula kisahnya di negara jiran Thailand, kerana seorang lelaki telah diberkas oleh pihak berkuasa negara tersebut kerana melanggar perintah berkurung, gara-gara ‘kantoi’ merakam foto kereta sendiri di atas sebuah jejambat lebuh raya yang lengang di Bangkok.

Foto tersebut tular di akaun media sosial milik seorang YouTuber, Chad Burdette dan mendapat perhatian ramai warganet. Menurut Chad, lelaki tersebut bakal berdepan dengan hukuman denda 40k baht, kira-kira RM5,301 kerana melanggar perintah berkurung yang telah ditetapkan dari jam 10 malam hingga 4 pagi.

JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris

Hantaran tersebut setakat ini telah dikongsi oleh lebih 1 ribu warganet dan rata-rata mereka mengatakan ia tindakan yang ‘kurang bijak’ dan sengaja mengundang masalah. Yang kelakarnya, ada juga warganet yang sengaja ‘membakar’ pemilik kereta jenis Mazda2 yang lain untuk melakukan perkara yang sama di tempat masing-masing.

Macam-macam hal. Jangan nak ‘menggatal’ cuba buat kat sini pulak ye!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply