Meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ejen perisik Mat Bond masih lagi menjalankan kerja-kerja risikan bagi mendapatkan info untuk anda semua. Baru-baru ini, kami telah menyiarkan artikel yang memaparkan penemuan kelibat sebuah model crossover/SUV kompak Geely Yuanjing S1@Vision S1 yang dikesan di suatu lokasi yang tidak dinyatakan.
Kami telah menggerakkan satu misi sulit kepada ejen Mat Bond bagi mendapatkan informasi berkaitan penemuan tersebut. Menurut Mat Bond, info yang diterimanya agak mengejutkan kerana model crossover/SUV kompak yang disebut-sebut sebagai Proton X30 itu sebenarnya tiada dalam perancangan.
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
Apa tujuan Geely Vision S1 di sini jika Proton tiada perancangan untuk mengeluarkannya?
Sebenarnya kami masih belum ada jawapannya, tetapi ada beberapa kemungkinan mengapa model tersebut berada di sini. Andaian kami, ada kemungkinan pasukan unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Proton sedang menguji kombinasi enjin 1.4 liter turbo dan transmisi CVT pada unit tersebut, untuk model lain yang bakal diperkenalkan pada masa akan datang.
Apa yang menarik, Mat Bond ada terdengar ura-ura Proton sedang merancang untuk memperkenalkan model sedan yang bakal menjadi pengganti kepada Prevé / Inspira. Namun buat masa ini, tiada info lanjut diberikan, lantas model Geely Bin Rui terus bermain di fikiran kami.
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
Kebetulan pula model tersebut dijana oleh enjin 1.4 liter turbo yang mampu menjana 131 HP dan 215Nm daya kilas. Ia digandingkan bersama pilihan transmisi 6-kelajuan manual atau 8-kelajuan CVT dengan kadar penggunaan bahan api 5.7L untuk setiap 100km. Untuk menyedapkan lagi cerita, Proton juga telah mendaftarkan tanda dagang untuk nama S30 di portal Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Sekiranya andaian kami berasas, kita pasti akan dapat melihat kelibat model sedan yang sarat dengan celoreng penyamaran tetapi mungkin bukan dalam masa terdekat. Kami menjangkakan ia hanya akan memunculkan diri setelah model X50 diperkenalkan pada tahun ini. Jadi, buat masa ini kami serahkan tugas kepada anda untuk ‘membawang’ terlebih dahulu.
KLIK UNTUK BESARKAN
Geely Bin Rui
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
KOMEN TERKINI