Dalam diam-diam sebuah lagi model crossover/SUV kompak bakal diuji oleh Proton dalam masa terdekat. Model Geely Yuanjing S1@Vision S1 telah berjaya dikesan di sebuah lokasi yang berkemungkinan besar dalam kawasan fasiliti Proton.
Foto ini telah dikongsikan oleh rakan kami Hazizy Sahar menerusi Whatsapp yang memperolehi foto tersebut menerusi rakannya Kayrule Cobra. Geely Vision S1 yang hanya memakai sedikit celoreng penyamaran ini merupakan unit pemanduan sebelah kiri dan ini merupakan kali pertama ia dikesan di Malaysia.
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
Model ini juga masih belum pernah dilihat melakukan ujian jalan raya, memandangkan buat masa ini Malaysia masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan memasuki fasa keduanya bermula esok (1 April 2020) bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
Geely Yuanjing [email protected] S1 merupakan sebuah crossover bandar yang mula diperkenalkan semasa Guangzhou Auto Show 2017. Ia disasarkan kepada golongan pembeli muda dan direka menjadi sbuah kenderaan ‘pintar, selamat, selesa dan sporty‘. Dimensinya pula berukuran 4465mm panjang, 1800mm lebar, 1535mm tinggi dan jarak antara gandar 2668mm.
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
Model ini dikuasakan oleh dua pilihan penjana, enjin petrol 1.5 liter NA yang mampu menghasilkan 109 kuasa kuda dan 1.4 liter Turbo yang mampu menghasilkan 141 kuasa kuda. Kedua-dua penjana ini digandingkan dengan pilihan transmisi, sama ada 5-kelajuan manual atau CVT.
Pada 2019, Geely Yuanjing [email protected] S1 telah dikemaskini dengan menampilkan perubahan kosmetik. Setakat ini, Proton masih belum lagi mendaftarkan tanda dagang untuk nama X30 setakat ini, namun beberapa lain seperti X5O,S30, S50, V50, V70 dan C50 di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Kami akan cuba menyeru Mat Bond dalam masa terdekat untuk membuat kerja-kerja risikan, tunggu!
KLIK UNTUK BESARKAN
Geely Yuanjing S1@Vision S1
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
3 Comments