ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Foto Intip

Views

Meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), KIA Malaysia terus bergerak aktif kerana kelibat beberapa unit KIA Seltos di atas treler pengangkut telah berjaya diintip hari ini di sekitar West Port. Foto-foto tersebut telah berjaya dirakam oleh Mohd Zunaidi dan dikongsikan menerusi laman Facebook, The Ajerul.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Seltos mula memunculkan diri buat pertama kali menerusi iklan ucapan Tahun Baharu 2020 KIA Malaysia dan kemudiannya dipertontonkan kepada para pengedar di majlis makan malam Tahun Baharu Cina Naza KIA yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Damansara awal Februari lalu.

Dua varian Seltos dipertontonkan pada malam tersebut, termasuk versi GT Line yang dilengkapi aksesori dan kit badan dengan kemasan jejalur merah. Seltos telah dilancarkan di India tahun lalu dan ia dilengkapi dengan dua pilihan enjin petrol – 1.6-liter turbo (175 kuasa kuda) dan 2.0-liter N/A (147 kuasa kuda). Pilihan enjin 1.6-liter diesel juga turut ditawarkan yang mampu menghasilkan (134 kuasa kuda).

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Kesemua unit penjana kuasa ini digandingkan bersama tiga pilihan transmisi, sama ada enam dan tujuh kelajuan automatik dan juga CVT. Ia dilengkapi dengan beberapa sistem keselamatan aktif dan pasif, antaranya kawalan cengkaman dan kawalan kestabilan elektronik sebagai ciri standard, selain bantuan mula mendaki, bantuan brek, serta sensor parkir depan dan belakang.

Model ini juga boleh mengadaptasikan keadaan jalan yang berbeza dengan tiga pilihan mod pemanduan, Normal, Eco dan Sport. Seltos dilengkapi sistem infohiburan dengan skrin sentuh besar bersaiz 10.25-inci yang terletak di tengah-tengah papan pemuka. Selain itu, pelanggan boleh memilih untuk menaik taraf spesifikasinya dengan menambah paparan head-up 8-inci, sistem bunyi premium dari Bose dan pelbagai lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Ajerul

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply