ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

Gambaran Artis

Views

Bila sebut Proton Arena mesti anda akan teringat trak pikap dengan kepala Wira kan? Proton sebenarnya ada beberapa versi trak pikap atau ute yang diolah dari model Saga, Waja dan Prevé, namun semuanya tidak direalisasikan.

Pada tahun 2015, Proton pernah menghasilkan sebuah model trak pikap konsep yang dibangunkan dari model MPV Exora dan dipamerkan sempena acara Alami Proton. Meskipun menggunakan Exora sebagai badan asas, namun rekaan trak pikap konsep itu berjaya mencuri tumpuan pengunjung pada hari terbuka pengeluar kereta nasional tersebut.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Sehingga kini, Proton masih belum ada pengganti Arena kerana segmen trak pikap tidaklah mempunyai pasaran yang besar dan ianya telah didominasi oleh beberapa nama yang cukup ‘gah’ seperti Toyota Hilux, Ford Ranger, Mitsubishi Triton dan Isuzu D-Max.

Memandangkan pengganti Arena masih belum kunjung tiba, ‘rakan maya’ penulis tampil dengan rekaan 3 dimensi model tersebut yang dimuatnaik menerusi akaun Facebook peribadinya semalam. Dengan kepakarannya dalam perisian 3D, CZ Design cuba membayangkan bagaimana reka bentuk model pengganti Arena pada masa depan.

Saiz trak pikap 3D ini nampak jauh lebih besar dan tinggi berbanding model Arena dan rekaannya juga kelihatan lebih tegap. Gaya reka bentuk hadapannya nampak lebih moden dan garang, terutama sekali bahagian lampu yang cukup unik. Rekaan bampar dengan kombinasi dwitona telah berjaya membuatkan trak pikap 3D ini nampak lebih lebar dan lasak.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Bahagian sisi model ini pula lebih ringkas dengan sedikit permainan lekukan badan, namun sudah cukup untuk menonjolkan otot-ototnya yang sasa. Kelihatan juga spoiler di bahagian belakang cab kedua yang menjadikannya lebih sporty. Kombinasi tayar off-road dan rim seperti rekaan turbin dengan kemasan hitam memberi gambaran yang model ini bersedia untuk ‘bermain dengan lumpur’ pada bila-bila masa.

Di bahagian belakang, ia mengimbau kembali rekaan trak pikap konsep Proton pada 2015 tetapi diolah dengan gaya lebih moden menerusi kombinasi lampu jenis LED yang bersambung dengan pintu belakang dwitona dan dihiasi perkataan ARENA di tengah-tengah. Jika anda perasan, ia seolah-olah membentuk satu elemen busur (Ethereal Bow) yang cukup besar!

Sebenarnya, penulis lebih tertarik dengan rekaan bahagian belakang yang cukup menyerlah. Secara keseluruhan, rekaan model pengganti Arena ini sangat baik serta mempunyai identiti rekaan tersendiri meskipun ia hanyalah gambaran secara 3D. Apa pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply