ARKIB

KATEGORI

Buletin

NETA V jadi model pertama terima penarafan ‘0-Bintang’ di bawah protokol ASEAN NCAP 2021–2025

Berita Tempatan

Views
ASEAN NCAP - NETA V

Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) hari ini mengumumkan keputusan penilaian terbaharu bagi model NETA V.

Model ini, yang merupakan jenama kenderaan elektrik (EV) pertama yang diuji di Pusat Pelanggaran Sementara MIROS (PC3) di Malaysia, mencatat keputusan yang sangat mengecewakan dengan penarafan ‘0-Bintang‘.

Ini menjadikannya model pertama yang menerima penarafan sifar bintang di bawah protokol ASEAN NCAP 2021–2025.

Protokol terkini ASEAN NCAP 2021-2025 adalah berdasarkan empat kategori yang merangkumi Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) dan Keselamatan Motosikal (MS).

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Model NETA V yang dijual di Malaysia, memperoleh skor keseluruhan sebanyak 28.55 mata.

Berikut adalah perincian skor bagi keputusan ujian untuk model NETA V:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 7.89 mata daripada 40.00 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 13.51 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Bantuan Keselamatan (SA) – 7.14 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Keselamatan Motosikal (MS) – 0.00 mata daripada 20.00 mata keseluruhan

NETA V hanya ditawarkan dengan satu varian sahaja di Malaysia, turut dipasarkan di Brunei, Indonesia dan Thailand. Ia dilengkapi dengan dua beg udara, Sistem Peringatan Tali Pinggang Keledar (SBR) untuk pemandu sahaja, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC).

Di bawah kategori AOP, model ini menjalani ujian pelanggaran hadapan (frontal offset) dan ujian pelanggaran sisi (side impact).

  • Ujian Pelanggaran Hadapan: Model ini gagal mendapat sebarang mata (0.00) kerana perlindungan yang lemah kepada pemandu. Bahagian kepala, leher, dada, dan kaki kanan pemandu menerima perlindungan yang lemah, menjadikan risiko kecederaan kepada pemandu sangat tinggi.
  • Ujian Pelanggaran Sisi: Model ini memperoleh 6.31 mata daripada 8.00 mata, namun patung ujian hanya menerima perlindungan marginal pada bahagian dada.
  • Ketiadaan Teknologi Perlindungan Kepala (HPT) menyebabkan model ini gagal memperoleh sebarang mata dalam aspek perlindungan kepala.

Dalam kategori COP, NETA V menunjukkan prestasi yang baik dalam ujian pelanggaran hadapan dan pelanggaran sisi.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Walaupun model ini dilengkapi dengan ISOFIX dan top tether, pemasangan sistem CRS tidak mesra pengguna dan gagal memenuhi lebih separuh daripada senarai CRS yang disyorkan ASEAN NCAP.

Model NETA V juga tidak menawarkan beberapa ciri keselamatan aktif yang semakin menjadi standard dalam industri automotif, seperti Brek Kecemasan Kendiri (AEB) Bandar, AEB Antara-Bandar, Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Amaran Tersasar Lorong (LDW).

Selain itu, semua teknologi yang dinilai oleh ASEAN NCAP di bawah kategori MS juga tidak tersedia dalam model ini, termasuklah Teknologi Titik Buta (BST), Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB) dan Perlindungan Pejalan Kaki (PP).

Keputusan mengecewakan NETA V dalam penilaian ASEAN NCAP menjadi peringatan kepada jenama EV lain agar tidak mengabaikan peralatan keselamatan asas dalam kenderaan.

Contoh jelas ialah keperluan untuk memasang ciri keselamatan asas seperti pra-regangan (pre-tensioner) dan pembatas beban (load limiter) pada tali pinggang keledar.

MIROS dan ASEAN NCAP menggesa semua pengeluar, terutamanya jenama EV, untuk memberi keutamaan kepada keselamatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply