ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia Autoshow 2023: NETA V dilancarkan, crossover EV mampu milik, harga RM99,800

Berita Tempatan

Views

Sebuah lagi jenama kenderaan elektrik (EV) iaitu NETA, secara rasminya masuk ke pasaran Malaysia dengan memperkenalkan model pertama, iaitu NETA V bersempena dengan Malaysia Autoshow 2023.

Pengedar tunggal jenama tersebut, Intro Synergy Sdn Bhd turut mengumumkan harga bagi model tersebut RM99,800 sekali gus menjadi EV paling mampu milik di pasaran tempatan pada ketika ini.

Lima pilihan warna menarik ditawarkan, termasuklah Cyan, White Storm, Midnight Gray, Sakura Pink dan Sky Blue.

Bukan itu sahaja, 100 pelanggan terawal yang membuat tempahan sepanjang pameran Malaysia Autoshow 2023 berlangsung menerusi laman sesawangnya akan menerima pakej nilai khas berjumlah RM10,000.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Menurut ketua pegawai strategi kumpulan Kumpulan GoAuto, Mohd Norazli Mohd Salleh, dengan ciri-ciri termaju, reka bentuk yang anggun dan harga yang kompetitif, pihaknya berharap kenderaan elektrik lebih mudah diakses oleh seluruh warga Malaysia.

NETA V merupakan sebuah EV kompak yang dibangunkan dari pelantar HPC dengan motor elektrik tunggal dan pek bateri lithium-ion berkapasiti 38.5 kWj.

Motor elektriknya itu mampu menjana sehingga 94 kuasa kuda dan 150 Nm daya kilas, dengan jarak pemanduan sehingga 380 km dengan sekali cas penuh.

Ini membolehkan NETA V memecut dari 0 hingga 50 km/j dalam masa 3.9 saat dan mencapai kelajuan maksima 120 km/j.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

NETA V turut menyokong pengecasan AC dan pengecasan pantas DC, dimana menerusi pengoptimuman sistem pengurusan bateri, masa pengecasan boleh disingkatkan 30-80 peratus dalam masa 30 minit menggunakan pengecasan DC.

Rekaan dalaman model ini menampilkan gaya moden dan minimalis dengan bahan premium serta teknologi termaju, termasuklah paparan inforia terapung bersaiz 14.6-inci, dan pelbagai ciri keselamatan kawalan jelajah adaptif, ABS, EBD, EPB, EHB dan dua beg udara.

NETA V ditawarkan dengan pakej jaminan 10 tahun atau 200,000 km untuk kereta, 5 tahun atau 150,000 km untuk jaminan komponen am, dan 8 tahun atau sehingga 180,000 km untuk komponen EV bervoltan tinggi.

Pra-jualan NETA V bermula sekarang dan penghantaran dijangka bermula pada Suku Ketiga (Q3 2023).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Neta Auto Malaysia

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply