ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan acah model Kicks dan Ariya dalam iklan Tahun Baharu Cina, bakal dilancar tahun ini ke?

Berita Tempatan

Views

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) seolah-olah memberi ‘petanda awal’ model baharu mereka menerusi video iklan Tahun Baharu Cina yang disiarkan menerusi laman YouTube rasminya sejak 29 Januari lalu.

Dalam video tersebut, ada dua model crossover baharu telah dipertontonkan. Salah satunya adalah model crossover segmen-B, Nissan Kicks.

Mengikut kepada perancangan asal, sepatutnya model hibrid e-Power ini telah dilancarkan tahun lalu, namun ia mungkin ditangguhkan atas faktor semasa yang tidak menentu.

JOM BACA >> INFO: Geely kata [email protected] X90 sebenarnya bukanlah SUV

Model yang bakal menjadi pesaing kepada Honda HR-V, Mazda CX-3, Toyota Corolla Cross, Proton X50 dan Hyundai Kona ini dikuasakan oleh enjin HR12DE 1.2 liter tiga-silinder petrol yang menjana 79 PS dan 103 Nm daya kilas.

Enjin ini sebenarnya ditugaskan sebagai penjana kuasa untuk sel bateri berkapasiti 1.57 kWh. Kicks yang akan tiba di Malaysia nanti juga adalah versi facelift yang telah diperkenalkan di Thailand pada tahun 2020.

Satu lagi model crossover yang diacah dalam video tersebut adalah model kenderaan elektrik (EV), Nissan Ariya. Ia membuat ‘cameo‘ dalam babak akhir video sambutan kedatangan ‘tahun harimau’ itu.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Model EV ini ditawarkan dengan dua pilihan kapasiti bateri, 63 kWh dan 87 kWh yang menggerakkan pacuan roda hadapan atau semua-roda.

Untuk varian kapasiti bateri 63 kWh, ia menggunakan motor elektrik tunggal yang menjana 215 kuasa kuda dan 300 Nm daya kilas. Varian ini mampu bergerak sejauh 450 km (mengikut kitaran WLTP) dengan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat.

Bagi varian kapasiti bateri 87 kWh pula, motor elektriknya mampu menghamburkan sebanyak 239 kuasa kuda, namun pecutan dari 0-100 km/j sedikit lambat, iaitu 7.6 saat.  Walaubagaimanapun, ia mempunyai jarak perjalanan yang lebih jauh, sehingga 610 km.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply