ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Almera rempuh trak tentera, seorang anggota maut

Berita Tempatan

Views

Seorang anggota tentera maut selepas trak dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Lebuhraya Elite, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang di kilometer (KM) 42.1 itu, mangsa dikenali sebagai Koperal Mohamad Amir Affiq Mohd Rodzi, 31, disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ketika kejadian, mangsa bersama tiga rakan sekerja menaiki sebuah trak yang dalam perjalanan dari Kem Rasah, Seremban menghala ke Subang.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, trak dinaiki mangsa tiba-tiba dirempuh kereta jenis Nissan Almera dinaiki empat lelaki.

Siasatan mendapati, kereta berkenaan hilang kawalan akibat tayar pecah. Impak pelanggaran menyebabkan trak askar itu merempuh penghadang jalan dan terbalik di laluan bertentangan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Selain itu, tiga anggota tentera lain mengalami kecederaan, manakala empat mangsa dalam kereta berkenaan pula tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Katanya, siasatan mendapati, trak tentera dinaiki mangsa dalam perjalanan menuju ke Subang dan konvoi bersama beberapa trak lain.

Wan Kamarul Azran berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Semasa

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply