ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ini fakta ringkas menarik BYD Doplhin – Dua varian, harga bermula dari RM99,900

Berita Tempatan

Views

BYD Malaysia hari ini melancarkan model kenderaan elektrik keduanya selepas model SUV, ATTO3 iaitu hatchback kompak Dolphin. Untuk pasaran Malaysia, dua pilihan varian ditawarkan.

Berikut adalah senarai pilihan varian BYD Doplhin termasuk harga runcit yang disyorkan (RRP):

  • Dynamic Standard Range – RM99,999
  • Dynamic Standard Range – RM124,900

Model ini turut didatangkan dengan waranti selama 6 tahun atau 150,000km, manakala pek baterinya pula ditawarkan dengan jaminan selama 8 tahun atau 160,000km.

Bukan itu sahaja BYD Malaysia turut menawarkan jaminan berasingan untuk unit pemacu selama 8 tahun atau 150,000km.

Apa yang menarik tentang BYD Doplhin? Ini adalah fakta ringkas menarik mengenai model tersebut.

Dimensi

Dari segi dimensi, Dolphin berukuran 4,290 mm panjang, 1,770 mm lebar, dan 1,570 mm tinggi, manakala jarak antara gandar rodanya 2,700 mm. Jarak lega tanahnya pula adalah 130 mm.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Reka bentuk

Reka bentuk luaran Dolphin mengadaptasikan konsep rekaan ”Estetika Samudera” (Ocean Aesthetic) dengan aliran bentuk luaran badan yang canggih, digabungkan dengan garisan lipatan tajam dan kontur yang mengalir.

Ruangan kabinnya pula, menampilkan gaya rekaan konsol yang futuristik dan moden, dengan paparan unit inforia jenis terapung, yang dihiasi dengan kemasan logam di sepanjang papan pemuka.

Pilihan warna

Varian Dynamic Standard didatangkan dengan pilihan warna Urban Grey bersama rona dalaman kombinasi kelabu dan hitam, atau Sand White bersama rona dalaman kombinasi coklat dan hitam.

Manakala untuk varian Premium Extended pula, ia didatangkan dengan tiga pilihan kombinasi warna dwitona iaitu:

  • Atlantis Grey dan Delan Black bersama rona dalaman kombinasi kelabu dan hitam
  • Surf Blue dan Urban Grey bersama rona dalaman kombinasi biru dan hitam
  • Ski White dan Urban Grey bersama rona dalaman kombinasi kelabu dan hitam

Motor elektrik

Kesemua varian dipacu oleh motor elektrik tunggal pada roda hadapan. Varian Dynamic Standard Range mampu menghasilkan 94 kuasa kuda dan 180 Nm daya kilas. Ini membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam 12.3 saat.

Varian Premium Extended Range mempunyai output lebih tinggi iaitu 201 kuasa kuda dan 300 Nm daya kilas. Ia hanya memerlukan 7 saat sahaja untuk memecut dari keadaan pegun (0) sehingga 100 km/j.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Kapasiti bateri

Varian Dynamic Standard Range dikuasakan oleh bateri Blade lithium iron phosphate (LFP) dengan kapasiti 44.92 kWj yang membolehkannya bergerak sejauh 410 km mengikut kitaran WLTP.

Varian Premium Extended Range pula didatangkan dengan bateri berkapasiti 60.48 kWj dan boleh dipandu sejauh 490 km dengan sekali pengecasan penuh.

Pengecasan

Dolphin didatangkan secara standard dengan pengecasan AC 7kW. Untuk pengecasan pantas DC pula, kedua-dua varian mempunyai kapasiti pengecasan yang berbeza iaitu 60 kW untuk varian Dynamic Standard Range dan 80 kW untuk Premium Extended Range.

Dengan menggunakan pengecas pantas DC, bateri hatchback kompak ini boleh dicas pada tahap 30 peratus hingga 80 peratus hanya dalam masa 30 minit.

Keselamatan

Dari aspek keselamatan, Dolphin didatangkan secara standard dengan enam beg udara, monitor 360 darjah, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Brek Parkir Elektrik (EPB), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Agihan Daya Brek Elektronik (EBD).

Model ini turut dilengkapi ciri bantuan pemandu (ADAS) yang terdiri daripada:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB)
  • Sokongan Kekal Lorong (LKS)
  • Amaran Penukaran Lorong (LCW)
  • Amaran Lintasan Trafik Dari Belakang (RCTA)
  • Pemantau Titik Buta (BSD)

Orang ramai yang berminat untuk ‘membelek ikan lumba-lumba’ ini secara dekat, boleh berbuat demikian di acara BYD Ocean Series yang bermula dari 28 hingga 30 Julai, bertempat di parkir terbuka One Utama, Petaling Jaya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit BYD Malaysia

BYD Doplhin

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply