ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan, Honda, Mitsubishi meterai MoU tubuh syarikat pegangan bersama

Berita Tempatan

Views

Nissan Motor Co Ltd (Nissan), Honda Motor Co Ltd (Honda) dan Mitsubishi Motors Corporation (Mitsubishi Motors) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk meneroka kemungkinan pembabitan, penyertaan serta perkongsian sinergi berkaitan integrasi perniagaan melalui penubuhan sebuah syarikat pegangan bersama.

Dalam satu kenyataan bersama, tiga jenama automotif Jepun itu telah mencapai persetujuan asas untuk meneruskan perbincangan berdasarkan kerangka kerja yang ditetapkan dalam MoU yang ditandatangani oleh Nissan dan Honda pada 1 Ogos.

Seperti yang digariskan dalam MoU yang ditandatangani oleh Nissan dan Honda, sinergi berkenaan akan menumpukan memberi tumpuan kepada kerjasama strategik dalam bidang kepakaran dan elektrifikasi.

“Mitsubishi Motors telah turut serta dalam kerangka kerja ini, dan ketiga-tiga syarikat sedang melanjutkan perbincangan,” kata kenyataan itu.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Berikutan persetujuan antara Nissan dan Honda, ketiga-tiga pengeluar kenderaan terkemuka itu sedang mempertimbang rancangan integrasi perniagaan melalui penubuhan sebuah syarikat pegangan bersama di tengah-tengah perubahan besar dalam persekitaran industri automotif.

“Ketiga-tiga syarikat ini telah bersetuju untuk meneroka kemungkinan pencapaian sinergi pada tahap yang lebih tinggi melalui pembabitan atau penyertaan Mitsubishi Motors dalam integrasi perniagaan ini.

Mitsubishi Motors berhasrat untuk mencapai keputusan mengenai penyertaannya dalam integrasi perniagaan antara Nissan dan Honda menjelang akhir Januari 2025,” katanya.

Pengarah, Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pegawai Eksekutif Perwakilan Nissan, Makoto Uchida, berkata Honda dan Nissan telah memulakan pertimbangan integrasi perniagaan dan akan mengkaji pewujudan sinergi yang signifikan antara kedua-dua syarikat dalam pelbagai bidang.

“Penting bahawa rakan kongsi Nissan, Mitsubishi Motors, turut serta dalam perbincangan ini. Kami menjangkakan jika integrasi ini direalisasikan, kami akan dapat memberikan nilai yang lebih besar kepada kumpulan pelanggan yang lebih luas,” katanya.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Pengarah dan Pegawai Eksekutif Perwakilan Honda, Toshihiro Mibe pula berkata, “Pada era perubahan besar dalam industri automotif, yang dikatakan berlaku sekali dalam 100 tahun, kami berharap penyertaan Mitsubishi Motors dalam perbincangan integrasi perniagaan antara Nissan dan Honda akan membawa kepada perubahan sosial yang lebih besar.

“Kami akan dapat menjadi syarikat terkemuka dalam mencipta nilai baharu dalam mobiliti melalui integrasi perniagaan.

“Nissan dan Honda akan memulakan perbincangan bermula hari ini dengan tujuan untuk menjelaskan kemungkinan integrasi perniagaan menjelang akhir Januari, selaras dengan pertimbangan Mitsubishi Motors,” katanya.

Sementara itu, Pengarah, Pegawai Eksekutif Perwakilan, dan Presiden serta CEO Mitsubishi Motors, Takao Kato, berkata: “Dalam era perubahan dalam industri automotif, kajian antara Nissan dan Honda mengenai integrasi perniagaan akan mempercepatkan kesan maksimum sinergi, memberikan nilai tinggi kepada pakatan perniagaan bersama Mitsubishi Motors.

“Bagi merealisasikan sinergi dan memanfaatkan kekuatan setiap syarikat secara maksimum, kami juga akan mengkaji bentuk kerjasama terbaik,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Carscoop

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply