ARKIB

KATEGORI

Tular

Video tular tayar ‘terbang’ hentam Honda City, pemandu treler disaman

Tular

Views

Perjalanan pulang tiga beranak bersama seorang rakan ke rumah bertukar detik cemas apabila sebiji tayar dari treler tercabut lalu menghentam kereta yang dinaiki mereka di Kilometer (KM) 14 Jalan Jerantut-Maran-Kuantan berhampiran Jambatan Sungai Salan di Jerantut pada Sabtu.

Kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu turut tular di laman sosial hasil rakaman kamera papan pemuka kenderaan lain yang melalui laluan tersebut.

Mangsa, pegawai pemantau harga, Mohamad Afiq Syahmi Mohd Ramlan, 28, yang memandu kereta Honda City berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama isteri, anak perempuan berusia dua tahun dan seorang rakan isterinya dalam perjalanan dari Bandar Jengka ke Jerantut.

Menurutnya, kejadian itu berlaku sekelip mata dan tidak sempat mengelak tayar yang melayang ke arah kenderaannya. “Saya nampak ‘tayar terbang’ dan bergolek ke arah kereta.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Saya cuba mengelak ke kiri jalan, namun tayar itu menghentam bahagian hadapan kereta sebelum melanggar pintu kanan hadapan dan belakang.

“Saya terus berhenti dan semua (penumpang) keluar dari kenderaan dan pergi ke kawasan selamat di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Ujarnya, treler terbabit tidak berhenti, namun berjaya dikejar oleh pengguna jalan raya lain yang kemudian menahan pemandu kenderaan berat tersebut.

“Saya dimaklumkan pemandu treler itu tidak sedar tayar belakang sebelah kanan kenderaannya tercabut dan kemudiannya masing-masing membuat laporan polis hari yang sama,” katanya.

Bersyukur dan lega kerana tiada kecederaan yang berlaku, Mohamad Afiq bagaimanapun mengakui masih trauma dengan kejadian terbabit.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

“Masih ada rasa gigil dan takut untuk melalui laluan tersebut setakat ini,” tambahnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian terbabit.

Menurutnya, hasil siasatan yang dijalankan, kejadian berlaku semasa pemandu treler berusia 38 tahun dari arah Jerantut menuju ke Maran.

“Apabila sampai di tempat kejadian, sebiji tayar bahagian belakang sebelah kanan treler telah tercabut, bergolek dan menghentam Honda City yang datang dari arah bertentangan.

“Kemalangan ini hanya menyebabkan kerosakan kepada kenderaan terlibat dan tidak melibatkan kecederaan,” jelasnya.

Katanya, saman telah dikeluarkan kepada pemandu treler terbabit dan kes disiasat di bawah Kaedah 94 LN 170/59. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply