ARKIB

KATEGORI

Tular

Nissan Skyline R32 diubah suai menyerupai kereta peronda polis kena sita

Tular

Views

Tindakan seorang lelaki mengubah suai kereta miliknya sehingga menyerupai kereta milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya memakan diri apabila kenderaan itu disita pihak polis semalam.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah terkesan tular di laman media sosial mengenai sebuah kereta yang menyerupai kereta peronda polis di pameran Art of Speed Malaysia yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang sejak semalam.

 

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Susulan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang telah ke lokasi pameran kira-kira pukul 10.30 malam untuk menjalankan siasatan dan telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang juga merupakan pemilik kereta tersebut.

Beliau berkata, pihak polis juga telah menyita sebuah kereta jenis Nissan Skyline R32 yang mempunyai lambang dan corak menyerupai kenderaan milik pasukan polis, serangkai kunci dan sekeping slip penyertaan pameran.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Menurut Wan Kamarul Azran, lelaki yang ditahan bekerja sebagai penjual aksesori kereta dan pemeriksaan lanjut mendapati kereta tersebut mempunyai cukai jalan yang sah dan digunakan oleh suspek.

Tegas beliau, lelaki tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis tengah malam tadi dan kes disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barangan yang dibekalkan kepada PDRM untuk menjalankan tugas.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply