ARKIB

KATEGORI

Buletin

AirAsia bakal lancarkan perkhidmatan teksi udara menjelang 2025

Berita Tempatan

Views

AirAsia Group merancang untuk melancarkan perkhidmatan perkongsian perjalanan teksi udara di seluruh Asia Tenggara menjelang 2025 kerana syarikat penerbangan yang mengalami kerugian itu terus mempelbagaikan operasinya.

Menurut laman Facebook Lives, Not Numbers, syarikat tersebut memaklumkan yang mereka telah menandatangani memorandum persefahaman untuk menyewa sekurang-kurangnya 100 pesawat berlepas dan mendarat secara menegak elektrik VX4 (eVTOL) dari Avolon.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Avolon merupakan syarikat penyewaan pesawat kedua terbesar di dunia dengan armada lebih daripada 800 pesawat pada Disember 2021. Walaubagaimanapun, butiran kewangan tidak didedahkan.

AirAsia telah berkembang ke dalam perniagaan baharu termasuk fintech, ride-hailing serta penghantaran makanan dan bungkusan untuk menyokong usahanya untuk membina superapp yang akan bersaing dengan gergasi teknologi Asia Tenggara seperti GoTo Indonesia, Grab dan Sea Group Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia , Tan Sri Tony Fernandes berkata, beliau amat teruja dengan kerjasama antara Avolon dan AirAsia ini dan potensi untuk perjalanan udara jarak dekat sifar pelepasan di Asia Tenggara.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Jelasnya, VX4 boleh membawa empat penumpang dan juruterbang merentasi 100 batu pada kelajuan sehingga 200 batu sejam, menurut Avolon yang berpangkalan di Dublin.

Sebagai tambahan kepada perkongsian eVTOL mereka, Avolon dan AirAsia juga akan bekerjasama untuk meneruskan pensijilan tempatan, menjalankan penyelidikan mengenai peluang pasaran yang berpotensi dan keperluan infrastruktur perkhidmatan mobiliti udara tanpa pemandu di seluruh rantau ini.

Selain itu, AirAsia juga akan memanfaatkan superapp perjalanan dan gaya hidupnya untuk membantu menyokong dan membina platform perkongsian perjalanan eVTOL dengan Avolon.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply