ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Versa 2023 / Almera facelift bakal tiba di Amerika Syarikat – Jeriji ‘V-Motion’ baharu, tiga pilihan varian

Berita Global

Views

Model sedan segmen-B, Nissan Versa 2023 akan tiba ke pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa perubahan. Turut dikenali sebagai Almera, ia menampilkan rekaan jeriji ‘V-Motion‘ baharu, penambahan pakej kemasan dan juga pengenalan warna baharu.

Perubahan paling ketara adalah rekaan jeriji ‘V-Motion’ yang lebih lebar dan kemasan krom dengan susunan bertingkat di bawah lampu hadapan. Selain itu, ia menerima logo baharu Nissan yang lebih minimalis dan juga emblem SR berwarna merah.

Tiga pilihan varian ditawarkan, iaitu S, SV, dan SR. Varian S tidak menerima kemaskini untuk 2023, tetapi Nissan akan menawarkan pakej baharu S Plus.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Ia merangkumi ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, tempat duduk belakang boleh dilipat 60/40 dan rim aloi 16-inci. Antara ciri standard Versa S termasuklah paparan sesentuh 7.0-inci, tiga port USB dan kemasukan tanpa kunci kawalan jauh.

Varian pertengahan, iaitu SV menerima konsol tengah dengan perehat tangan, pad pengecasan telefon nirwayar dan warna kabin baharu, Chambray.

Varian SR juga didatangkan dengan konsol dan perehat tangan, tetapi dengan tambahan skrin sesentuh 8.0-inci, Kawalan Jelajah Pintar, kawalan iklim automatik dan perkhidmatan ketersambungan.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Kedua-dua varian SV dan SR ditawarkan dengan pilihan warna Gray Sky Pearl, manakala varian SR dipasang dengan rim aloi rekaan baharu bersaiz 17-inci.

Dari aspek keselamatan, Versa dilengkapi dengan ciri-ciri standard seperti brek kecemasan automatik dengan pengesanan pejalan kaki, bantuan suluhan lampu tinggi, brek belakang automatik, amaran keluar lorong, amaran lintasan-belakang dan amaran titik buta.

Versa dijana oleh enjin 1.6-liter empat-silinder yang masih mengekalkan output sebanyak 122 kuasa kuda dan 154 Nm daya kilas. Varian S didatangkan dengan transmisi lima-kelajuan manual (standard) dengan pilihan kotak gear CVT Xtronic yang merupakan transmisi standard bagi varian SV dan SR.

Buat masa ini Nissan masih belum mengumumkan harganya, namun ia dijangka akan mengalami sedikit peningkatan berbanding model semasa. Versa 2023 akan membuat penampilan sulung semasa Miami Auto Show yang akan bermula minggu ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply