ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nurul Hafida pemilik pertama Honda HR-V serba baharu di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini dengan bangganya menyerahkan sebuah model HR-V serba baharu kepada pemilik pertama, Nurul Hafida Binti Mhd Jais bertempat di MJN Motors Sdn. Bhd., Cheras, Selangor.

Bagi meraikannya sebagai pemilik pertama HR-V serba baharu di Malaysia, Nurul Hafida turut dihadiahkan Aksesori Sah Honda, Salutan Badan Kaca Ultra dan Cenderahati Rasmi Honda bernilai RM5,700.

Mengulas mengenai upacara penyerahan ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, pihaknya telah menyerahkan lebih 1,300 unit HR-V serba baharu dalam tempoh sebulan pelancarannya.

Nurul Hafida yang ditemani ahli keluarganya berkata, penggayaan luaran dan reka bentuk HR-V serba baharu telah membuatkannya ‘jatuh hati’ dan semasa membuat keputusan untuk menempah, kebetulan tempahan model tersebut baharu sahaja dibuka.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Bagi pemilik MJN Motors Sdn. Bhd, Wan Hazmi bin Datuk Wan Mustafa, permintaan terhadap model ini sangat tinggi dan mereka sangat berbesar hari menjadi pengedar yang menyerahkan unit pertama HR-V serba baharu di Malaysia.

HR-V serba baharu didatangkan empat pilihan varian dengan tiga pilihan trenkuasa. Varian paling asas iaitu S dijana oleh enjin 1.5 liter Aspirasi Alami (NA) i-VTEC DOHC yang menghasilkan output sehingga 121 PS dan 145 Nm daya kilas.

Varian E dan V pula dijana oleh enjin 1.5 liter VTEC Turbo yang menhasilkan 181 PS dan 240 Nm daya kilas. Kesemua model dengan enjin NA dan Turbo ini dipadankan dengan transmisi CVT.

Untuk varian andalan iaitu RS e:HEV, ia dikuasakan oleh 1.5 liter hibrid e:HEV i-MMD yang menjana 131 PS dan 253 Nm daya kilas.  Enjin NA kitaran Atkinson ini akan bertindak selaku penjana (generator) serta menghasilkan 107 PS dan 131 Nm daya kilas.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Dari segi penggayaan, HR-V 2022 tampil dengan rekaan serba baharu dengan gayaan luaran seperti sebuah model ‘fastback‘. Antara elemen unik rekaan model ini ialah lampu signal LED berurutan, lampu depan LED dengan lampu siang (DRL), lampu kabus LED dan rim aloi bersaiz 18-inci (bergantung kepada varian).

Paling menarik adalah sistem pelarasan pendingin hawa Air Diffusion System, selain bukaan pintu belakang bebas-tangan dengan fungsi Walkaway Close serta penghidup enjin kawalan jauh dan ciri Walk Away Auto Lock.

Dari segi keselamatan, HR-V 2022 dilengkapi dengan Honda LaneWatch dan Honda SENSING (standard untuk semua varian).

Ciri-ciri Honda SENSING terdiri daripada:

  • Notifikasi Berlepas Kereta Di Hadapan (LCDN)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Ikut Halaju Rendah (LSF)
  • Sistem Brek Hindar Perlanggaran (CMBS)
  • Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Penghindar Terbabas (RDM)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Lampu Tinggi Automatik (AHB)

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply