ARKIB

KATEGORI

Buletin

Program subsidi bersasar mungkin bermula dengan diesel dan elektrik terlebih dahulu – Penganalisis

Berita Tempatan

Views

Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki kemampuan politik yang mencukupi untuk membuat keputusan sukar bagi meningkatkan profil fiskal berikutan nisbah hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tidak begitu baik pada masa ini.

Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Alexander Chia, berkata antara isu yang sering dielakkan adalah pelaksanaan pemberian subsidi bersasar dan mengembalikan semua Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata program subsidi bersasar mungkin akan diperkenalkan selewat-lewatnya awal tahun depan, berdasarkan pangkalan data sosio-ekonomi dikenali Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan dilancarkan November ini.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Program subsidi bersasar mungkin dilaksanakan ke atas diesel dan elektrik terlebih dahulu sebelum dikembangkan kepada petrol RON95.

Untuk GST pula, pihaknya percaya ia hanya akan diperkenalkan semula kelak bergantung pada tekad politik pihak kerajaan, malah ia mungkin tidak akan diketengahkan semula dalam Belanjawan 2024.

Cukai baharu lain yang mungkin diperkenalkan termasuklah cukai keuntungan modal (CGT) dan cukai barangan mewah yang kali pertamanya dibangkitkan pada Belanjawan 2023.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Mengulas mengenai Belanjawan 2024, Chia berkata, RHB Investment Bank menjangkakan belanjawan tahunan itu akan memberikan penekanan kepada geran dan elaun cukai pelaburan yang sepadan bagi menggalakkan aliran kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara.

Tambahnya, sektor automotif mungkin mendapat insentif berkaitan prasarana pengecasan kenderaan elektrik (EV), insentif bagi EV yang dipasang secara tempatan dan reformasi cukai jalan untuk EV.

Sasaran perbelanjaan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) menunjukkan perbelanjaan pembangunan mencecah RM90 bilion. Jabatan Ekonomi RHB mengunjurkan defisit fiskal 2024 mencapai 4.5 peratus daripada KDNK.

Oleh itu, pihaknya meramalkan belanjawan kali ini akan membuka peluang supaya usaha-usaha pembaharuan fiskal yang nyata dapat dijalankan kelak. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply