ARKIB

KATEGORI

Buletin

Op Samseng Jalanan – Remaja tak bersekolah ditahan lumba haram

Berita Tempatan

Views

Remaja 16 tahun yang tidak bersekolah antara tiga ditahan polis selepas melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal dalam Operasi Samseng Jalanan di Lebuh Raya Grand Saga menghala ke arah Kuala Lumpur, semalam.

Menurut K! ONLINE, dalam operasi pada pukul 12.30 pagi itu dijalankan dengan kekuatan dua pegawai dan 15 anggota dari Unit Risikan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain berkata, ketiga-tiga remaja yang menunggang tiga buah motosikal tersebut didapati bersaing sesama sendiri, melakukan aksi ‘Superman’ termasuk ‘Zig-Zag’ yang boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Katanya, kesemua suspek berusia 16 dan 20 tahun itu didapati melakukan aksi terbabit bermula dari Kilometer 17 Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Bukit Dukung sehingga Kilometer 15 susur ke Cheras Perdana di Lebuh Raya Grand Saga.

Mereka juga telah membuat pusingan menghala ke arah Kajang dan kembali berlumba dari Kilometer 15 Cheras Perdana sehingga ke Kilometer 20 susur Kajang. Mereka juga didapati mengulangi aksi berkenaan sebanyak sekali.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Mengulas lanjut, dua suspek telah ditahan selepas menghentikan motosikal di bahu jalan Kilometer 17 Bukit Dukung sementara seorang lagi suspek ditahan di kawasan parkir kuarters Guru Alam Damai, Cheras. Siasatan awal mendapati, kesemua suspek yang tinggal di kawasan sekitar Cheras itu melakukan aksi berbahaya kerana ingin menguji motosikal masing-masing jenis Yamaha LC135 (2) dan sebuah Yamaha Lagenda 115Z.

Siasatan juga mendapati, remaja berusia 16 tahun itu tidak bersekolah dan hanya mendapatkan pendidikan peringkat tadika. Kesemua tangkapan bersama motosikal mereka telah dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan lanjut.

Sebanyak 15 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply