ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Kona facelift sah dilancarkan 16 April ini

Berita Tempatan

Views

Pada 31 Mac lalu, laman Facebook Hyundai Malaysia telah menyiarkan iklan acah pertama model facelift Hyundai Kona dan selang beberapa hari kemudian, satu video acah model tersebut mula disiarkan. Apa yang menarik, video itu turut mengesahkan tarikh pelancaran model tersebut yang bakal dilangsungkan pada 16 April 2021, jam 10.30 pagi.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Agak mengejutkan juga kerana model facelift Kona dilancarkan tidak sampai setengah tahun model semasa berada di pasaran tempatan. Untuk versi facelift, Kona tampil dengan reka bentuk yang lebih segar dan turut ditawarkan dengan varian N Line baharu yang lebih aggresif.

Selain perubahan kosmetik luaran, bahagian kabin model facelift Kona turut mengalami sedikit perubahan pada konsol tengah papan pemuka, yang kini terpisah antara bahagian atas dan bawah. Selain itu, antara peningkatan yang dibuat pada model facelift ini termasuklah Kawalan Jelajah Pintar (SCC) yang kini dengan fungsi Mula dan Henti, selain Bantuan Hindar-Kemalangan Titik Buta (BCA).

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Dari segi pilihan enjin, model semasa dilengkapi dengan enjin aspirasi normal 2.0L Nu MPI kitaran-Atkinson yang menjana 149 PS dan 180 Nm daya kilas, selain enjin 1.6L Gamma T-GDi yang menghasilkan 177 PS dan 265 Nm daya kilas.

Untuk versi facelift, lima warna tambahan baharu yang terdiri daripada Surfy Blue, Dive in Jeju, Ignite Flame, Cyber Gray dan Misty Jungle, selain warna sedia ada yang digabungkan dengan kemasan hitam pada bahagian bumbung. Secara keseluruhannya, akan ada 10 pilihan warna, namun kami tidak pasti sama ada kesemuanya akan ditawarkan ataupun kita hanya akan mendapat warna-warna baharu sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply