ARKIB

KATEGORI

Buletin

Op Samseng Jalanan: Tiga Mat Rempit lalok dadah ditahan

Berita Tempatan

Views

Polis menahan tiga lelaki yang berada di bawah pengaruh dadah ketika mengadakan Op Samseng Jalanan di Lingkaran Luar Butterworth (LLB) di Bagan Ajam, di Butterworth sejak tengah malam hingga pagi tadi.

Ketiga-tiga lelaki berkenaan sebelum itu dikatakan menunggang motosikal dengan mempamerkan aksi berbahaya menyebabkan mereka ditahan.

Penahanan ketiga-tiga lelaki berusia 21,23 dan 36 tahun itu disahkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurutnya, polis kemudian menjalankan ujian saringan air kencing ke atas tiga suspek terbabit dan mendapati mereka bertiga positif dadah jenis Methaphetamine.

Ketiga-tiga mereka seterusnya diserahkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara untuk tindakan lanjut.

Selain dikesan menunggang motosikal dalam pengaruh dadah, salah seorang daripada suspek yang ditahan juga didapati mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada motosikal yang ditunggangnya.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Katanya, dalam operasi yang bermula jam 12 tengah malam hingga 8 pagi itu, pihaknya menyita 13 motosikal dan mengeluarkan 77 saman atas pelbagai kesalahan trafik.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti ini diminta untuk menyalurkannya kepada Bilik Gerakan IPD Seberang Perai Utara di talian 04-5759122.

Kes disiasat mengikut Seksyen (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalahan menunggang motosikal dalam pengaruh dadah manakala menggunakan nombor pendaftaran palsu disiasat di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply