ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cadangan naik taraf lesen Kelas B2 kepada B secara automatik akan dibawa kepada MOT – Zahid Hamidi

Berita Tempatan

Views

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan menaik taraf lesen memandu motosikal bagi Kelas B2 kepada B, secara automatik akan dibawa kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk diteliti terlebih dahulu.

Timbalan Perdana Menteri berpendapat, tidak ada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen Kelas B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan.

“Saya tidak fikir ujian memandu (diperlukan) kerana mereka pemandu (penunggang) yang berpengalaman, dan saya juga fikir mereka tidak memerlukan syarat-syarat ketat.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

“Saya akan kemukakan kepada Menteri Pengangkutan (Anthony Loke Siew Fook) dahulu, saya tidak fikir ini satu masalah kerana ia merupakan isu pentadbiran sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka 66 di Pekan, hari ini.

Majlis pelepasan membabitkan lebih 238 penunggang motosikal berkuasa tinggi daripada ahli Superbikers Association Malaysia (S.A.M) itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dan Presiden S.A.M Datuk Abdul Halim Suleiman.

Ketika ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengklafikasikan lesen memandu Kelas B2 bagi motosikal tidak melebihi 250cc, manakala Kelas B membabitkan motosikal melebihi 500cc.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Terdahulu, Abdul Halim menyerahkan kertas cadangan bagi menaik taraf lesen memandu Kelas B2 kepada B secara automatik, bagi penunggang motosikal yang tidak melakukan kesalahan jalan raya serius dalam tempoh tiga tahun selepas mendapat lesen B2.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Eksekutif S.A.M, berkata cukai import untuk motosikal berkuasa tinggi masih tinggi, dan beliau yakin belanjawan yang menyentuh perkara berkenaan sedang disediakan.

Program Kembara Merdeka 66 sejauh 1,366 kilometer itu bermula hari ini sehingga 31 Ogos, yang akan menjelajahi Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Lembah Klang.

Kembara Merdeka hasil cetusan idea Ahmad Zahid itu bertujuan menzahirkan semangat patriotik selain menyemarakkan ikatan silaturahim antara pemilik motosikal berkuasa tinggi, penduduk kampung dan penunggang motosikal dalam kalangan golongan muda. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Penerangan Pahang

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply