ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ops Longkai 2024: Kastam rampas 11 kereta mewah bernilai RM2.1 juta

Berita Tempatan

Views

Sebanyak 11 kereta mewah pelbagai jenama bernilai RM2.1 juta termasuk cukai dirampas di dua buah gudang di Pelabuhan Utara dan Barat baru-baru ini.

Rampasan ke atas kesemua kereta jenis Porsche Panamera, Suzuki Jimny dan Mercedes C300 dilakukan menerusi Ops Longkai 2024 pada Julai dan Ogos lalu.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, kejayaan itu merupakan hasil intipan pihaknya sejak beberapa bulan lalu ke atas dua gudang berkenaan.

Katanya, pemeriksaan mendapati kesemua kenderaan itu tidak mempunyai lesen import daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Katanya, kesemua kenderaan itu diimport dari negara Eropah dan Asia untuk dijual di pasaran tempatan.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

“Pemilik dua gudang itu mengakui mereka tidak mempunyai lesen berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, di Klang, semalam.

Beliau menjelaskan, siasatan awal mendapati kenderaan tersebut dipercayai dibawa masuk ke negara ini sejak empat tahun lalu, namun tiada individu yang membelinya.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan sebelum kesemua kenderaan dilelong kepada orang awam. Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply