ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Jejak kasih: Abang kembar Proton e.MAS 7, Geely Galaxy E5 ‘sudah tiba’ di Malaysia!

Foto Intip

Views

Kelibat abang kembar kepada Proton e.MAS 7, iaitu Geely Galaxy E5 telah berjaya dirakam oleh salah seorang ahli paultan.org Automotive/Car Discussion Group bernama KhaiLun Lim di sekitar Lembah Klang sebentar tadi.

Selain itu, beberapa lagi foto Geely Galaxy E5 pemanduan kanan (RHD) turut sempat dirakam oleh Mohd Rayyan dan Redza Saleh di sekitar Kuala Lumpur.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Apa yang menariknya, tatkala adik kembarnya, e.MAS 7 masih lagi ‘malu-malu kucing’ dengan memakai celoreng penyamaran, abang kembarnya Galaxy E5 tanpa segan silu ‘megah menyusur di jalan raya’ tanpa sebarang pelitup.

Difahamkan beberapa unit Galaxy E5 telah pun tiba dari China sempena program Geely E5 World Tour Asia Appreciation Day, yang merupakan tanda simbolik kolaborasi antara kedua-dua pengeluar kereta tersebut untuk mengelektrifikasikan masa hadapan.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Ketika ini, unit berkenaan telah pun selamat tiba di Pusat Kecemerlangan Proton (COE) dan pada malam ini akan diadakan sesi penstriman langsung menerusi akaun Facebook rasmi Proton e.MAS Cars bermula jam 7:30 malam ini.

Kalau nak tahu, kena tunggu la ye!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit KhaiLun Lim, Salawati MY, Mohd Rayyan dan Redza Saleh

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply