ARKIB

KATEGORI

Tular

Padah biar cucu di belakang Hilux tanpa pengawasan, datuk kena tahan polis

Tular

Views

Tindakan seorang datuk membiarkan dua cucunya berada di belakang sebuah pikap dalam keadaan terbuka dan berbahaya mengundang padah apabila warga emas itu ditahan polis, semalam.

Menurut Berita Harian, ianya susulan video yang tular di Facebook sejak semalam sehingga mengundang kebimbangan ramai.

Rakaman berdurasi 26 saat itu memaparkan sebuah Toyota Hilux warna hitam yang membawa dua kanak-kanak itu di ruang belakang pikap tidak bertutup dan tanpa pengawasan orang dewasa yang boleh membahayakan nyawa dan keselamatan diri dan orang lain.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Kubang Pasu menerima video rakaman itu semalam pada jam 2.26 petang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di lampu isyarat simpang tiga Jalan Jitra berhampiran Balai Polis Jitra Lama.

Berikutan itu, pada jam 3 petang semalam, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota BSPT Kubang Pasu berjaya mengesan suspek yang berusia 65 tahun di Kampung Kota Mengkuang, Mukim Wang Tepus.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Hasil siasatan terhadap suspek ialah datuk kepada dua kanak-kanak perempuan berusia lima dan enam tahun yang mengaku memandu kenderaan sambil membiarkan kedua-dua cucunya duduk di belakang pikap tanpa pengawasan dan hanya sekadar suka-suka.

Rodzi berkata, berikutan itu, pihaknya membuka siasatan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

Beliau berkata, pihaknya menyeru ibu bapa atau penjaga supaya mengambil iktibar daripada kejadian itu supaya lebih bertanggungjawab dengan keselamatan kanak-kanak serta mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Lelaki itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil. Pihak IPD Kubang Pasu juga menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah di sekitar daerah Kubang Pasu dapat menyalurkan maklumat di talian Hotline IPD Kubang Pasu 04-9172222.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply