ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lesen terbang didalangi ‘sindiket scammer’ – JPJ

Berita Tempatan

Views

Isu kegiatan penjualan lesen terbang yang didakwa berlaku dalam kalangan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disyaki didalangi sindiket scammer.

Berita Harian melaporkan, Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim, berkata pihaknya sedang mengesan sindiket yang dianggap bukan perkara baharu, sebaliknya dipercayai sudah wujud sejak sekian lama.

Beliau berkata, apabila ada kes, pihaknya akan cuba menyelesaikannya dan turut membuat penyamaran dengan membayar kepada sindiket bagi mengetahui operasi mereka.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

JPJ juga membuat semakan dengan Cyber Security Malaysia (CSM) untuk melihat domain bagi mengesan pelokasi sumber seragam (URL) yang digunakan scammer dan itu penyelesaian terakhir patut dibuat sekiranya membabitkan penipuan dalam talian.

Terdahulu, beliau hadir dalam operasi penguatkuasaan sempena musim cuti perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2022 di Terminal Bas Lembah Sireh yang turut dihadiri Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

Zailani berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan seorang pempengaruh atau ‘influencermedia sosial menerusi satu rakaman video yang dimuat naik dengan menuduh anggota JPJ terbabit secara langsung dalam aktiviti menjual lesen memandu secara haram.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Beliau berkata, pihaknya sedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan terhadap tuduhan itu yang turut menyatakan anggotanya menerima wang sogokan calon biarpun tidak melepasi ujian ditetapkan di institut memandu.

Sambil mengalu-alukan siasatan akan dijalankan, Zailani berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan kesalahan membabitkan integriti.

Sebelum ini pun SPRM sudah mengambil tindakan kepada anggota JPJ yang terbabit dengan salah laku, salah guna kuasa, tidak berintegriti dan lain-lain.

Beliau amat mengalu-alukan siasatan SPRM ke atas anggotanya dan tidak akan melindungi mahupun berkompromi untuk disiasat SPRM atau polis jika berlaku sebarang salah laku, salah guna kuasa dan tidak berintegiriti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply