Semalam Perodua secara rasminya membuka tempahan model SUV yang paling dinanti-nantikan tahun ini D55L. Nama rasmi model ini akhirnya terbongkar semalam menerusi pembocoran risalah yang tular di media sosial. Secara rasminya, nama sebenar D55L adalah Perodua Ativa.
Apa yang kami tahu mengenai model Ativa setakat ini? Kami perincikan secara ringkas mengikut varian.
Varian X
- Enjin 1.0 liter Turbo yang digandingkan bersama transmisi boleh laras berterusan (D-CVT), kecekapan bahan api 18.9 km/l.
- Lampu hadapan LED (boleh menyala dan padam secara automatik dengan ciri lampu tinggi automatik)
- Rim aloi 16-inci
- Tayar saiz 205/65/R16
- Paparan meter jenis analog
- Sistem infohiburan jenis standard dengan sambungan Bluetooth dan HDMi
- Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) yang terdiri daripada Amaran dan Pencegahan Keluar Lorong
- Penderia sisi belakang
- Enam beg udara, Brek Anti Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD) dengan Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Isyarat Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Mendaki (HHA) dan ISOFIX.
- Pilihan warna – Glittering Silver (S28), Granite Grey (S43) dan Cobalt Blue (B79)
- Harga atas jalan tanpa insurans (tentatif) untuk Semenanjung Malaysia – RM62,500 (Metalik)
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
Varian H (Tambahan spesifikasi dari Varian X)
- Lampu hadapan LED jenis adaptif (pancaran cahaya mengikut belokan stereng)
- Rim aloi 17-inci rekaan 5 jejari berkembar dengan kemasan dwitona
- Tayar saiz 205/60/R17
- Paparan meter pelbagai maklumat jenis digital dengan skrin TFT bersaiz 7-inci
- Paparan unit infohiburan jenis terapung bersaiz 9-inci dengan ciri arahan suara “Hey Google”
- Butang kawalan pada stereng
- Lampu kabus jenis LED
- Lampu signal jenis LED dengan nyalaan berturutan
- Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) yang terdiri daripada Amaran dan Pencegahan Keluar Lorong
- Penderia sisi depan dan belakang serta kamera undur
- Pilihan warna – Glittering Silver (S28), Granite Grey (S43), Cobalt Blue (B79), Pearl Diamond White (W25) dan Pearl Delima Red (W75)
- Harga atas jalan tanpa insurans (tentatif) untuk Semenanjung Malaysia – RM67,300 (Metalik), RM67,800 (Metalik Istimewa)
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
Varian AV (Tambahan spesifikasi dari Varian H)
- Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) yang terdiri daripada Amaran dan Pencegahan Keluar Lorong, Kawalan Kekal Lorong, Pemantau Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang dan Kawalan Jelajah Adaptif.
- Kemasan tempat duduk kulit kombinasi hitam dan merah
- Pilihan warna – Glittering Silver (S28), Granite Grey (S43), Cobalt Blue (B79), Pearl Diamond White (W25), Pearl Delima Red (W75), Pearl Diamond White Dual Tone (XJ3) dan Pearl Delima Red Dual Tone (XJ2)
- Harga atas jalan tanpa insurans (tentatif) untuk Semenanjung Malaysia – RM72,600 (Metalik), RM73,100 (Metalik Istimewa) dan RM73,400 (Dwitona)
Ativa (D55L) bakal ditawarkan dengan aksesori GearUp sebagai pilihan dan didatangkan dengan waranti selama lima tahun/150,000 km. Teruskan bersama kami untuk info terkini dari semasa ke semasa!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas
KOMEN TERKINI