ARKIB

KATEGORI

Berita Automotif

Tempahan Perodua D55L kini dibuka – 3 varian, harga tentatif dari RM62,500 hingga RM73,400

Berita Tempatan

Views

Akhirnya, sekali lagi info yang kami perolehi tepat dan Perodua mengumumkan tempahan model keluaran mereka paling canggih setakat ini, SUV kompak Ativa (D55L) telah pun dibuka. Tiga varian ditawarkan iaitu X, H dan AV dengan harga tentatif atas jalan sebelum insurans antara RM62,500 dan RM73,400 di Semenanjung Malaysia.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, D55L merupakan model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build, menerajui gaya, keselamatan, teknologi, tahap kelengkapan dan juga nilai bagi pengeluar kereta nasional kedua itu.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Antara ciri utama D55L adalah Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) yang ditawarkan untuk semua varian. ASA terkini mampu beroperasi pada kelajuan yang lebih tinggi berbanding versi semasa, dan mampu mengesan kenderaan dua roda.

Turut terdapat pada semua varian adalah Amaran dan Pencegahan Keluar Lorong, manakala varian AV didatangkan dengan Kawalan Kekal Lorong, Pemantau Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang dan Kawalan Jelajah Adaptif.

Ini sekali gus menjadikan, D55L sebagai model Perodua pertama yang memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2. Tambah Datuk Zainal, model ini merupakan kenderaan Autonomi Tahap 2 yang paling mampu milik di Malaysia, menawarkan ciri keselamatan dan kemudahan canggih kepada semua.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

D55L juga merupakan kenderaan turbo pertama Perodua, selari dengan trend downsizing global, dan model Perodua pertama yang menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT), menyumbang kepada kecekapan bahan api 18.9 km/l – terbaik dalam kelasnya.

Lampu hadapan LED terdapat pada semua varian, manakala varian H dan AV dilengkapi dengan Lampu Pandu Adaptif, panel meter TFT 7-inci serta sistem infohiburan skrin sentuh 9-inci dengan pengecaman suara. Varian X dan H boleh didapati dalam warna sedia ada, Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt Blue manakala varian H turut didatangkan dengan pilihan Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red.

Tiga warna terakhir adalah yang baharu buat Perodua. Varian AV boleh didapati dalam warna Glittering Silver, Granite Grey, Pearl Diamond White, Pearl Delima Red termasuk pilihan warna dwitona dengan bumbung hitam. D55L turut ditawarkan dengan waranti selama lima tahun/150,000 km.

KLIK UNTUK BESARKAN

Gambaran digital dari Theophilus Chin

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply