ARKIB

KATEGORI

Buletin

Program Insurans Proton (PIP) diperkenalkan – Pelbagai ganjaran ditawarkan

Berita Tempatan

Views

Pembeli kereta baharu dan pemilik kereta Proton sedia ada kini boleh memperbaharui polisi insurans mereka di semua cawangan Proton yang diiktiraf menerusi inisiatif terbaharu yang dikenali Program Insurans Proton (PIP). Enam panel syarikat insurans yang bekerjasama dengan Proton untuk promosi ini ialah Allianz General Insurance Company (M) Sdn Bhd, Liberty Insurance Berhad, AmGeneral Insurance Berhad, Zurich General Insurance Malaysia Berhad, Etiqa General Takaful Berhad dan Zurich General Takaful Malaysia Berhad.

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Premium tertiris

Dengan memperbaharui polisi kereta mereka melalui PIP, pemilik Proton akan mendapat manfaat seperti berikut:

  • Perlindungan utama
    Sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan akibat kecurian atau percubaan kecurian, rompakan atau pecah masuk rumah, pelanggan boleh mendapatkan ganti rugi percuma sehingga berjumlah RM1,000 ke atas kenderaan tersebut.
  • Elaun banjir
    Sekiranya berlaku kerosakan akibat banjir, banjir kilat, limpahan air, longkang, sungai atau lumpur, pelanggan boleh menuntut elaun sehingga RM1,000.
  • Perlindungan semua pemandu
    Perlindungan untuk semua pemandu tanpa lebihan bayaran kecuali sekiranya pemandu yang diberi kuasa semasa kemalangan berumur 21 tahun dan ke bawah atau memegang lesen pemandu sementara atau masih belajar.
  • Perlindungan kemalangan diri insurans/pemegang polisi
    Perlindungan kemalangan diri sehingga RM15,000 bagi pendaftaran kereta peribadi.

JOM BACA >> PANAS : Foto unit audio Proton Saga facelift 2019 varian standard tertiris

Pelanggan Proton PIP juga akan menikmati faedah tambahan seperti berikut:

  • Kos pembaikan percuma
    Bagi kenderaan yang berusia sehingga 10 tahun dan tertakluk kepada kenderaan yang dibaiki di mana-mana cawangan Ketuk dan Cat (Body & Paint) Proton yang diiktiraf.
  • Perlindungan dengan nilai yang dipersetujui
    Sekiranya terdapat kerugian atau kecurian, pelanggan akan menikmati pembayaran penuh jumlah yang diinsuranskan untuk 12 tahun pertama usia kenderaan mereka.

Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, melalui program ini mereka dapat memastikan bahawa pelanggan lama, sedia ada dan baharu layak menerima faedah yang sama hanya dengan memperbaharui polisi insurans mereka dengan Proton. Ia disokong oleh enam nama terkuat dalam industri insurans, jadi pelanggan tidak perlu risau kerana mereka dapat mengotakan segala janji.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply