Boleh kata hampir setiap hari kami ada cerita mengenai Proton Saga facelift 2019 kan? Jika semalam kami memuat naik unit audio Saga facelift 2019 varian Standard, hari ini foto papan pemuka Saga facelift 2019 varian Premium pula tertiris.
JOM BACA >> PANAS : Foto unit audio Proton Saga facelift 2019 varian standard tertiris
Foto tersebut telah dimuatnaik ke laman sesawang rakan media kami, Automachi.com dan mula tular di media sosial. Kami telah meningkatkan resolusi dan kecerahan foto tersebut dan akhirnya dapat juga kita melihat unit infohiburan multimedia dengan skrin sentuh yang seakan-akan terapung dari sudut pandangan foto ini.
Rekaan meter serba baharu turut kelihatan dalam foto tersebut dan ia berkongsi unit yang sama dengan Exora Running Change (RC) 2019. Satu lagi perubahan yang dikesan dalam foto ini adalam tombol gear automatik yang turut dikongsi bersama Iriz dan Persona 2019 varian Executive.
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Proton Saga facelift 2019 yang hampir dengan model sebenar
Boleh dikatakan besar komponen asalnya masih kekal, namun perubahan yang dibuat telah berjaya menjadikan ruang kabin Saga facelift 2019 nampak lebih moden dan terkini. Setakat ini hanya foto rekaan luaran Saga facelift 2019 yang masih lagi belum tertiris.
Mungkin ia akan membuat kemunculan dalam masa terdekat, kami agak-agak je, tunggu! Apa pendapat anda mengenai papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Premium ini? Secara jujur, kami suka dengan perubahan ini, syabas Proton!
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI