ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pancitkan tayar, calar dan pecahkan lampu Mercedes-Benz A200, pasangan kekasih ditahan

Berita Tempatan

Views

Tindakan pasangan kekasih membocorkan tayar, memecahkan lampu dan mencalarkan kereta abang ipar mereka terbongkar selepas ditahan di Taman Lembah Maju, di Ampang Jaya, semalam.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa mendapati keretanya dikhianati ketika mahu menggunakan kenderaan tersebut sekitar pukul 8.30 pagi di kawasan perumahan yang sama, kelmarin.

Katanya, mangsa mendapati keempat-empat tayar kereta jenis Mercedes Benz-A200 miliknya telah dibocorkan, kedua-dua lampu bahagian belakang dipecahkan dan kesan calar di seluruh bahagian kereta.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Bertindak di atas maklumat, sepasukan polis menangkap seorang lelaki dan perempuan yang juga merupakan sepasang kekasih berusia 45 tahun di Taman Lembah Maju.

Hasil pemeriksaan mendapati kedua-duanya positif dadah jenis Benzo dan kenderaan, pemutar skru serta kunci kereta digunakan oleh suspek ketika melakukan perbuatan khianat turut dirampas.

Menurut Mohamad Farouk, suspek lelaki yang merupakan mekanik kereta di Cheras mempunyai tiga rekod lampau jenayah, manakala suspek wanita tidak bekerja dan mempunyai satu rekod lampau jenayah.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Tambah beliau, punca kejadian disebabkan mangsa memarahi suspek kerana datang ke rumahnya dalam keadaan mabuk dan menjerit-jerit membuat bising membuatkan suspek tidak berpuas hati.

Tujuan suspek pergi ke rumah mangsa adalah untuk berjumpa dengan kakak suspek. Mangsa adalah abang ipar kepada kakak suspek.

Kedua-dua suspek telah dibenarkan reman selama empat hari sehingga Khamis dan kes di siasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply