ARKIB

KATEGORI

Tular

Ketuk cermin Perodua Bezza dengan batu bata, polis minta individu terlibat tampil buat laporan

Tular

Views

Seorang pemandu menempuh detik mencemaskan apabila diserang dengan menggunakan batu bata oleh seorang individu dalam kejadian tular di persimpangan lampu isyarat Jalan Metro 1, Metro Prima, pada Ahad.

Sinar Harian melaporkan, rakaman video berdurasi 28 saat itu memaparkan seorang lelaki warga emas dilihat datang dari arah kiri jalan dan mengetuk cermin Perodua Bezza yang dipandu mangsa menggunakan batu bata.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Suspek juga dilihat cuba membuka pintu kereta sambil menjerit memarahi mangsa. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan punca suspek bertindak sedemikian.

Sementara itu, Polis Kuala Lumpur menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya sedang mengesan individu-individu terlibat dalam kejadian tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Pihak polis memohon kepada individu terlibat tampil membuat laporan polis di mana-mana balai yang berdekatan bagi memastikan siasatan secara terperinci dapat dijalankan.

Tambah kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Kepong di talian 03-6274 2312 atau Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-4048 2222.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply