ARKIB

KATEGORI

Tular

Pandu melulu di lorong kecemasan, pemandu Myvi merah ditahan

Tular

Views

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, Polis Daerah Kulai memaklumkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkesan satu video tular yang dimuat naik oleh Azrai Zulkefeli.

Video tersebut memaparkan sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran JKW261 jenis Perodua Myvi memandu secara melulu di lorong kecemasan.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Hasil siasatan, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di KM 27 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada 16 Mei 2022, kira-kira jam lebih kurang 4.00 petang.

Susulan video tersebut, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai telah mengesan individu yang terbabit untuk tindakan lanjut.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Pada 17 Mei 2022 jam 7.00 malam, bertempat di Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai telah menahan seorang lelaki Cina yang merupakan individu yang terlibat dalam kejadian tersebut. Kes disiasat dibawah Seksyen 42 (1) APJ 1987.

Ketua Polis Daerah Kulai menyeru pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan dan tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang dikesan sengaja melanggar undang-undang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Kulai

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply