Geely pada ketika ini sedang giat membangunkan model SUV saiz sederhana yang menggunakan namakod FX11.
Model FX11 dibangunkan dari pelantar Compact Modular Architecture (CMA) yang turut dikongsi oleh beberapa model kenderaan bersaiz kecil dan kompak.
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
Tidak ada banyak informasi berkenaan pilihan trenkuasa dan juga julat harga bagi model ini, namun menurut Geely ia bakal dikeluarkan di kilang Geely di Ningbo dan jangkaan pelancarannya adalah pada suku keempat (Q4) 2022.
Menerusi beberapa foto intip berjaya dirakam, kelihatan unit ujian FX11 masih lagi sarat dengan celoreng penyamaran. Siluet luaran model ini kelihatan agak konvensional dan lampu depannya mirip model SUV tujuh-tempat duduk Geely Xingyue L (KX11).
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
Terdapat juga foto bahagian dalaman yang memaparkan bentuk stereng tiga jejari dan pada bahagian bawah tertera perkataan CMA, yang merujuk kepada pelantarnya.
Kelihatan juga sebuah skrin bersaiz besar menegak di tengah-tengah papan pemuka dan ia mungkin mempunyai pelbagai fungsi antaranya unit infohibur, navigasi, kawalan suhu pendingin hawa dan lain-lain.
Secara kasar, kelihatan reka bentuk papan pemuka model ini lebih minimalis dengan penerapan gaya rekaan moden.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Weibo
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
KOMEN TERKINI